Jenis Kerjaya Yang Sesuai Berdasarkan Personaliti DISC

Dalam entri sebelum ini, saya ada sebut tentang ujian personaliti DISC yang saya hadapi ketika temuduga di NIOSH. Ada yang bertanya, apakah kepentingan ujian tersebut dalam sesebuah temuduga kerjaya? Jadi, di sini saya akan berkongsi lebih lanjut tentang personaliti DISC dan kepentingannya dalam kerjaya.


Seperti yang kita tahu, kerjaya adalah satu aspek yang merangkumi sebahagian besar daripada aktiviti hidup kita. Dalam seminggu, kita menghabiskan sekurang-kurangnya 5 hari untuk kerjaya kita. Malah, ada juga kerjaya yang menuntut komitmen sehingga 6 ke 7 hari. Semua itu bergantung kepada jenis kerjaya dan skop kerja. 

Oleh itu, amat penting untuk kita kenali jenis kerjaya yang sesuai dengan jiwa dan minat kita. Kita perlu tahu apakah kekuatan dan kelemahan diri kita. Ini kerana hal berkaitan kerjaya adakalanya tidak cukup dengan minat sahaja, ia memerlukan lebih daripada itu. Maka, sebab itulah ada company yang menggunakan ujian personaliti seperti DISC ini ketika sesi temuduga sebagai salah satu cara untuk mereka mengetahui personaliti sebenar seseorang calon.

Dengan keputusan ujian personaliti DISC, majikan akan dapat mengenalpasti di mana kekuatan dan kelemahan calon. Walaupun terdapat kemungkinan ada calon yang memberi jawapan bias, itu bukan satu masalah kepada majikan kerana sudah pasti majikan dapat menilai sendiri kebolehan dan potensi calon tersebut sewaktu sesi temuduga. Namun, keputusan ujian personaliti ini tetap diambil kira sebagai gambaran awal personaliti calon.

Anda boleh google 'DISC personality test' untuk mengambil ujian personaliti DISC. Terdapat pelbagai laman yang menyediakan ujian ini secara percuma seperti Online Personality Tests, 123test, dan Discovery Report. Sebenarnya ada banyak lagi ujian personaliti yang lain seperti Myers-Briggs, tapi untuk entri ini kita fokus pada DISC sahaja.

Dah dapat keputusan ujian personaliti anda? Jom lihat jenis kerjaya yang sesuai berdasarkan personaliti DISC anda:

1. D - Dominant
  • Entrpreneurs
  • Management
  • Lawyer
  • Enforcement
  • Supervisor


2. I - Influential
  • Advertising/Marketing
  • Public Relations (PR)
  • Training
  • Sales
  • Teacher


3. S - Steady
  • Finance/Economics
  • Healthcare
  • Human Resources
  • Manufacturing
  • Customer Service


4. C - Conscientious
  • Accounting
  • Auditing
  • Engineering
  • Architecture
  • Computer Programming
  • Research & Development

Sumber informasi: PeopleKeys.com

Jenis kerjaya yang disenaraikan di atas hanya untuk memberi idea kepada anda tentang yang manakah sesuai dengan personaliti DISC anda. Anda boleh melakukan lebih banyak research untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Paling penting, jangan takut untuk menjawab dengan JUJUR dalam ujian personaliti. Ia bukan untuk menunjukkan siapa yang lemah atau siapa yang kuat. Sebaliknya, setiap personaliti ada kepentingan masing-masing dalam sesebuah organisasi. Keputusan dari ujian ini akhirnya akan memberi manfaat juga buat anda supaya anda tahu jenis kerjaya apakah yang sesuai dengan personaliti anda. 😊

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Dalam entri sebelum ini, saya ada sebut tentang ujian personaliti DISC yang saya hadapi ketika temuduga di NIOSH . Ada yang bertanya, apaka...

Pengalaman Temuduga Bersama NIOSH

Bagi yang belum mengenali saya, saya merupakan pelajar Master in Science (Safety, Health and Environment) dari UTM Skudai. Insyaallah akan bergraduasi pada bulan Oktober nanti. Saya dah habis belajar pada bulan Jun yang lalu dan kini rutin harian saya sememangnya dipenuhi dengan aktiviti memohon kerja dan edit resume dari semasa ke semasa memandangkan saya belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Mungkin rezeki saya lambat sedikit. 😁

Dah banyak juga tempat yang saya apply dan salah satunya adalah NIOSH. Pada 31 Julai yang lepas, saya telah dipanggil untuk sesi temuduga yang bertempat di NIOSH Bandar Baru Bangi. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan pengalaman temuduga saya bersama mereka. Mungkin boleh jadi rujukan akan datang bagi sesiapa yang dipanggil temuduga di NIOSH nanti. 😊

Menara NIOSH di Bandar Baru Bangi. Sumber: Safety Portal

Jawatan yang saya apply di NIOSH adalah Executive - Education and Regulatory Competency Division. Masa apply tu, saya pun tak pasti apa skop pekerjaan jawatan dan division ni sebab details tu tak ada, yang ada hanya syarat untuk memohon. Tapi saya agak mungkin division ni yang bertanggungjawab dalam menyediakan training. Sebabnya calon yang dipanggil temuduga dikehendaki untuk membuat presentation sewaktu temuduga nanti. Ha, apalagi kan kalau bukan nak tengok presentation skills kita. Confirm la jawatan untuk jadi trainer. Saya pun excited sebab saya memang suka buat presentation. 😋

Setiap calon diberi masa 10 minit untuk present. Tajuk diberi sebelum tiba hari temuduga. Untuk temuduga ni, semua calon present tajuk yang sama iaitu 'Fungsi NIOSH dan OSH'. Mesti present dalam bahasa Inggeris.

Dah tiba hari temuduga tu, semua calon dikehendaki untuk mengisi borang maklumat dan menjawab kertas ujian personaliti terlebih dahulu. Ujian personaliti ini mereka gunakan yang jenis DISC punya. D for Dominant, I for Influential, S for Steady, dan C for Conscientious. 

Selepas semua borang dan kertas ujian calon dikumpul oleh staf yang bertugas, bermula la sesi temuduga dengan panel. Seorang demi seorang masuk ke bilik temuduga. Average time setiap orang ditemuduga dalam 30-40 minit. Saya orang yang kelima dan sesi saya bermula pada pukul 12 tengahari. (Nasib baik mekap tak cair lagi 😅)

Mula-mula tu macam biasa, perkenalkan diri. Dah habis berkenalan, baru mula present. Untuk presentation ni, panel memang dah set masa 10 minit tau. So, kena pandai bajet masa dengan tepat. Spare kan 2-3 minit untuk Q&A. Banyakkan praktis supaya dapat present dengan lancar. (Eh pandai cakap kat orang, sendiri punya ke laut 😂)

Slide saya untuk presentation.

Habis present, sambung balik temuduga. Kebanyakan soalan yang ditanya oleh panel adalah berkisar tentang OSH training. Dan juga soalan lazim yang lain seperti sanggup atau tidak untuk travel dan relocate, sanggup ke stay back dan kerja on weekend, etc. Memang betul la sangkaan saya, jawatan ni sememangnya untuk jadi trainer hehe. 

Sesi temuduga saya tamat lebih kurang pukul 12.45 tengahari. Saya adalah orang terakhir untuk sesi temuduga sebelah pagi. Sesi seterusnya bermula pada pukul 2 petang. Ya Allah, nasib saya baik hari tu. Kalau terkena sesi petang, mau nego dengan calon lain sebab flight saya ke Labuan pada hari tu jugak pukul 5 petang. Nangis tak berlagu kalau tertinggal flight. 😅

Begitulah cerita pengalaman temuduga saya bersama NIOSH. Satu pengalaman yang cukup berharga. Keputusan temuduga mungkin akan keluar minggu depan sebab katanya hari tu tunggu dalam masa 2 minggu. Anda yang membaca entri ni mohon doakan yang terbaik untuk kerjaya saya ya. Saya tak sabar dah ni nak kerja haha. Insyaallah. 😊

p/s: Boleh klik sini untuk info jawatan terkini di NIOSH. 

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya! 

Bagi yang belum mengenali saya, saya merupakan pelajar Master in Science (Safety, Health and Environment) dari UTM Skudai. Insyaallah akan ...

8 Perkara Asas Wajib Tahu Ketika Membuat Resume

Resume adalah senjata utama yang kita miliki ketika memohon kerja. Tak kira nak mohon kerja apa sekalipun, full-time atau part-time, resume ialah benda pertama yang akan dinilai oleh majikan. 

So, entri kali ni saya nak share tentang 8 perkara asas yang anda perlu tahu ketika membuat resume. 



1. Maklumat peribadi

Masih ramai yang memasukkan maklumat seperti status (bujang/berkahwin), tarikh lahir, hobi atau nombor kad pengenalan. Tidak perlu masukkan maklumat yang bersifat peribadi kerana ianya sudah tidak sesuai ditulis dalam resume. 

Cukup sekadar memasukkan nama penuh, nombor telefon dan alamat e-mel. 

2. Alamat e-mel

Jangan gunakan alamat e-mel seperti:

iamqueen@yahoo.com 
kingmacho@hotmail.com

... dan yang sewaktu dengannya.

Kenapa? Alamat e-mel sebegini sangat tidak sesuai digunakan untuk memohon kerja atau apa sahaja urusan rasmi. 

Pilih la alamat e-mel dengan menggunakan nama sendiri. Jika nama terlalu panjang, ringkaskan. Kemudian, bertukarlah kepada domain @gmail.com supaya kelihatan lebih matang dan profesional. 

Tunjukkan pada majikan bahawa kita serius untuk memohon kerja tersebut!

3. Pengalaman

Jika banyak pengalaman bekerja sebelum ini, senaraikan pengalaman yang benar-benar relevan sahaja dengan jawatan yang dipohon. Jelaskan juga tugas-tugas yang telah dilakukan secara ringkas dan pencapaian yang relevan dengan jawatan tersebut.  

4. Pendidikan

Susun latar belakang pendidikan mengikut reverse chronology (terkini-dahulu). 

Perlu atau tidak untuk masukkan CGPA? Pada pandangan saya, tak perlu.  

5. Gaji

Digalakkan untuk menulis expected salary di dalam resume. Buat research mengenai kadar gaji semasa bagi jawatan yang anda pohon terlebih dahulu supaya gaji yang diminta tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. 

6. Rujukan

Rujukan amat penting sebagai salah satu validation bagi bakal majikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri anda. Pastikan mereka yang menjadi rujukan atau referee anda tahu bahawa anda menjadikan mereka sebagai rujukan. Pastikan juga mereka akan berkata yang baik-baik sahaja tentang anda.  

7. Font tulisan

Pilih font standard yang mudah dibaca seperti Arial dan Calibri. Saiz font jangan kurang daripada 10.5. 

8. Ejaan

Pastikan tiada kesilapan ejaan di dalam resume. Semak resume berulang-kali dan baca setiap ayat. Kesilapan kecil sahaja berkemungkinan akan menyebabkan resume ditolak.

Semoga bermanfaat 😊

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya! 

Resume adalah senjata utama yang kita miliki ketika memohon kerja. Tak kira nak mohon kerja apa sekalipun, full-time atau part-time, resume...

Cara Paling Mudah Buat Resume

Assalamualaikum, hai semua. Lamanya tak menulis kat blog. Agak busy sebelum ni dengan study. Dah habis study, busy berhari raya pulak. Selamat Hari Raya buat semua Muslimin dan Muslimat. Maaf zahir dan batin ya. 😊 

Fyi, saya baru je habis study bulan lepas dan sekarang sedang giat mencari kerja. Saya dah mula hantar resume sejak hujung bulan April. Sampai sekarang masih sabar menanti panggilan kerja. Ada rezeki insyaallah tak ke mana kan? Sementara tu boleh la saya aktif kat blog ni. 😀

Jadi, entri kali ni saya nak share cara paling mudah nak buat resume. Ini sebagai basic knowledge sahaja, mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ada juga yang tak tahu (sebenarnya saya juga baru tahu tentang cara ni secara kebetulan).


Antara cara paling mudah untuk buat resume adalah dengan menggunakan template dari Microsoft Word.

Anda boleh follow step-step bergambar di bawah untuk create your own resume:

1. Buka Microsoft Word.



2. Taip 'Resume' dalam search box.



3. Ada pelbagai template resume dipaparkan. 



4. Select template yang anda nak pakai dan klik 'Create'. 



5. Sekarang anda dah boleh masukkan all relevant information. Tapi tak semestinya anda kena limitkan information berdasarkan template tu, you can edit that template freely mengikut keperluan.



6. Dah siap edit jangan lupa save tau. Nanti ada pulak yang nangis kat bucu katil. 😁 (Tips: Save setiap kali edit, walaupun dah ada auto-saved). 

Mudah kan? Semoga bermanfaat! 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Assalamualaikum, hai semua. Lamanya tak menulis kat blog. Agak busy sebelum ni dengan study. Dah habis study, busy berhari raya pulak. Sela...

JJCM Simpang Renggam

Pejam celik pejam celik dah setahun lebih saya duduk kat Johor. Sekejap je masa berlalu. Tak lama lagi nak habis belajar dah. Dalam kepala banyak plan nak jalan-jalan explore Johor. Tapi hmm.. Bila ada masa, bajet takde. Bila bajet ada, masa pula takde. Bila dua-dua ada, kawan pula takde. Sebab tu lebih baik tak payah plan. Ada kawan, ada masa dan bajet sikit, terus gerak. 😀

Macam hari Isnin lepas, tanpa perancangan yang padu tiba-tiba dah sampai kat Simpang Renggam. Hehe. Simpang Renggam ni adalah sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kluang. Sebenarnya tujuan ke sini nak teman seorang kawan yang ada kursus kat HQ Daily Fresh di sana. Dah alang-alang berjalan, ronda-ronda la kejap kan.. 😄

Teaser. Hehe

Jalan-jalan cari makan

Perjalanan kami ke Simpang Renggam dari UTM Skudai pada hari tu mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sampai kat sana pukul 9.15 pagi, kami bersarapan dulu kat medan selera yang berdekatan dengan HQ Daily Fresh. Boleh tahan juga makanan yang dihidangkan pagi tu, semua nampak menyelerakan. Makcik kedai pula friendly orangnya, duduk semeja dengan kami sambil berborak macam-macam.

Lepas sarapan, kami pun pergi ke HQ Daily Fresh. Kawan saya habis kursus lebih kurang dalam pukul 12 tengahari. Disebabkan kami tak banyak masa untuk explore pekan Simpang Renggam (pukul 2pm ada kelas), kami pun pergi mana yang sempat je. 😅 

So, ada 3 tempat yang kami sempat singgah:

1. Cucuk-Cucuk Bakar Simpang Renggam

Bila tengok cucuk-cucuk ni jadi teringat kat Perlis. Masa study kat sana dulu, selalu makan cucuk-cucuk ni atau lebih dikenali dengan nama 'Lokcing'. Gerai ni senang je nak cari, pakai waze je. Kalau tak jumpa juga, boleh la contact dorang kat sini. 

Sampai kat gerai ni, rambang mata nak pilih. Mana tak nya, semua cucuk-cucuk dorang berharga RM1! Ye, satu singgit. Ada pelbagai flavor seperti ayam, daging, tauhu, sayur, sotong. My favourite pun ada iaitu tongkeng ayam haha. Kalau ikutkan tamak haloba, nak je beli semua. Tapi confirm la tak habis makan. So, beli ikut kemampuan tangki perut je. 😁


2. Gerai Cendol Sathar

Lepas dah beli cucuk-cucuk bakar, kami singgah pula ke Gerai Cendol Sathar. Tak jauh pun dari gerai cucuk-cucuk tu. Lega dapat makan cendol ni. Ada cendol kacang, cendol pulut, cendol special.

Rasa dia cun sebab tak manis sangat, memang ngam-ngam dengan tekak. I like! 👍


3. Perusahaan Zainab Jaya

Dan persinggahan terakhir kami adalah di sini.. Seronok bukan main kawan-kawan saya bila dapat singgah ke syurga kerepek ni hehe. Macam-macam jenis kerepek boleh didapati di sini. Ada packing besar, ada packing kecil. Harga pun terlajak murah. Saya hanya beli rempeyek je sebab saya hantu rempeyek haha. 👻


Sedar tak sedar dah nak dekat pukul 1.30pm, apa lagi pecut balik ke UTM. Sampai kelas tepat pukul 2pm, nasib baik lecturer tak masuk lagi. Boleh la ambil nafas jap. 😁

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Pejam celik pejam celik dah setahun lebih saya duduk kat Johor. Sekejap je masa berlalu. Tak lama lagi nak habis belajar dah. Dalam kepala ...

Tips Mudah Nak Skor CGPA

Dalam Facebook hari ni ada seorang kawan tagged saya kat satu gambar yang diambil pada tahun 2010. Gambar sewaktu zaman diploma, ya Allah gelap betul saya masa tu haha. Rindunya nak jumpa kawan-kawan diploma dulu. Diploma Kimia Perindustrian, UiTM Arau, 2007 - 2010. Harap anda semua sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. 😉

Kenangan masa diploma adalah antara kenangan paling best dalam memori saya. Hampir semua urusan belajar dipermudahkan. Saya sangat enjoy belajar masa tu. Tak dinafikan zaman belajar memang zaman paling best kan? Tapi enjoy enjoy juga, study tak boleh diabaikan tau. CGPA kena la skor, sekurang-kurangnya dapat membahagiakan kedua orang tua kita. Sejuk hati mereka kalau tengok result anak-anak yang cemerlang. 😍


So, entri kali ni saya nak share tips-tips mudah nak skor dan maintain CGPA untuk sesiapa yang sedang belajar kat kolej dan universiti. Pelajar sekolah pun boleh apply juga tips ni. Jom baca. 😊

1. Fokus 

Pastikan diri anda fokus bila tengah belajar. Tumpukan sepenuh perhatian. Jauhkan diri daripada benda yang boleh mengganggu tumpuan anda seperti handphone. Macam mana nak fokus kalau setiap 10 minit tengok handphone? Kerja yang boleh siap cepat jadi lambat. Kalau anda fokus study untuk 1-2 jam, it is actually much better than study 4-5 jam tapi tak fokus langsung. 

2. Be positive 

Yang ni pun saya selalu praktis. Sekali lagi kena train your mind to be positive. Maksudnya, bila belajar tu anda kena fikir yang positif je walaupun topik tu susah yakmat. Saya ni selalu juga negatif sebenarnya hehe tapi bila waktu nak study untuk test atau final exam, saya train balik minda saya to be positive. Bila positif, lebih mudah nak study. 

3. Serah pada Allah

Ni tips paling utama. Dari awal sem dah kena serahkan semua pada Allah. Bukan hujung sem masa nak hadap final exam je baru nak berserah, tapi hakikatnya ramai yang macam tu kan? 😞 So, lepas ni dari awal sem kena serahkan segala urusan pada Allah okay. Minta Allah bagi yang terbaik untuk kita. Group yang terbaik, lecturer yang terbaik, assignment yang terbaik, soalan exam yang terbaik, result yang terbaik. Semua tu boleh minta tau. Free je hehe.

Haa itu je la tips nya hihi. Less is more. Semoga bermanfaat. 😇

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Dalam Facebook hari ni ada seorang kawan tagged saya kat satu gambar yang diambil pada tahun 2010. Gambar sewaktu zaman diploma, ya Allah g...

Ada Apa Dengan SPM?

Penantian selama beberapa bulan telah berakhir dengan pengumuman keputusan peperiksaan SPM semalam. Tahniah diucapkan kepada semua candidate yang mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang, jangan putus asa okay? Perjalanan hidup ini masih jauh buat kalian. Harus tabah dan kuat serta yakin pada rezeki Allah SWT. 😊


Dua hari yang lepas, saya menjalankan kajian soal selidik di shopping mall berkaitan dengan projek saya. Saya approach hampir semua peniaga dalam mall tersebut, tidak kira bangsa dan warganegara. Asalkan mereka boleh memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan bersetuju untuk menjawab soal selidik.

Mencabar juga tugasan ni bagi saya, sebab ini pertama kali saya membuat kajian soal selidik a.k.a survey. Dulu saya belajar kos Kimia, memang duduk dalam lab je buat eksperimen. Tak perlu approach public, approach SV dan equipment lab je. 😁

Di tempat awam yang dipenuhi orang awam dengan pelbagai latar belakang dan karakter, sememangnya macam-macam ilmu dan pengalaman yang saya dapat. Setiap kali saya dapat approach responden, kami akan bersembang santai sambil melengkapkan survey yang diberi. Dan topik utama yang menjadi 'modal' saya ketika itu ialah keputusan SPM. 

"Eh kak, esok result SPM keluar kan?"

"Akak ada anak yang ambil SPM?"

Begitu la saya memulakan cerita. Memandangkan yang saya approach ni kebanyakan umurnya dah hampir sebaya dengan mak saya, jadi lebih seronok saya nak korek cerita mereka hehe. Orang dah banyak pengalaman hidup selalunya banyak cerita best-best. Daripada cerita SPM tu, macam-macam cerita lain boleh keluar sama. Dari universiti, ke alam pekerjaan, akhirnya ke politik dan ekonomi negara. 😅

Kebanyakan akak-akak ni memang concern dengan SPM, terutamanya yang ada anak calon SPM tahun ni. Bagi mereka, SPM ni la harapan untuk mereka melihat anak mereka berjaya dan dapat membantu keluarga. Mereka tak kisah kerja siang malam, yang penting anak dapat belajar dengan baik dan dapat keputusan yang terbaik. Sebak juga dengar, terus teringat mak ayah saya nun jauh di Labuan.

Apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini ialah, bagi yang bakal menduduki peperiksaan SPM:

Belajar la bersungguh-sungguh meskipun orang berkata SPM ni tak penting, yang penting pandai cari duit.

Belajar la bersungguh-sungguh meskipun orang berkata dapat result SPM cemerlang tak semestinya dapat kerja bagus, lebih baik buat bisnes.

Selagi boleh belajar, belajar la betul-betul ya. Duit bila-bila boleh dicari.

p/s: Menuntut ilmu niat kerana Allah SWT.

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Penantian selama beberapa bulan telah berakhir dengan pengumuman keputusan peperiksaan SPM semalam. Tahniah diucapkan kepada semua candidat...

Master atau Kerja?

Biasa tak dengar dilema ni? "Lepas grad nanti better sambung terus ke kerja dulu eh?". Kebanyakan graduan degree sering menghadapi dilema seperti ini samada nak sambung pengajian terus ke peringkat Master atau nak mencari pengalaman bekerja dahulu. Memang susah nak buat keputusan jika tiada sesiapa yang boleh bantu untuk justify dalam membuat keputusan.



Saya juga pernah menghadapi dilema ini. Dah habis diploma, nak sambung degree ke atau kerja dulu? Dah habis degree, nak sambung Master ke atau kerja dulu? Tu la, matlamat tak berapa nak jelas. 😁

Background saya, lepas habis diploma saya terus sambung degree. Lepas habis degree, saya kerja dulu. Dah 2 tahun kerja, baru saya sambung Master. Then bila masuk kelas, semua muda-muda belaka yang sambung Master ni. Umur tak cecah 25 pun lagi. Tiba-tiba saya terasa tua sangat haha.

Bukan mudah menyusur tangga ke angkasa

Perjalanan saya bila buat keputusan untuk sambung Master pada tahun lepas tidak begitu mudah. Keputusan ini telah mengundang pelbagai soalan dan spekulasi (macam retis pula) . 😅

  • Kenapa baru nak sambung Master sekarang? 
  • Tak sayang ke berhenti kerja tu? 
  • Dah elok-elok kerja, berhenti pula. Sekarang ni susah tau nak cari kerja.
  • Belajar tinggi-tinggi pun nanti bukan senang nak dapat kerja.
  • Buat apa sambung Master.. Dah tua pun nak belajar lagi?

Nampak macam kelakar je ayat yang last tu, tapi memang ada yang cakap macam tu kat saya hehe.

Pilihan saya

Jika berdasarkan pengalaman saya, secara jujurnya saya lebih prefer untuk bekerja dahulu selepas tamat pengajian degree. Ambil pengalaman 1-2 tahun, kemudian barulah sambung pengajian ke peringkat seterusnya. Nak sambung secara full-time atau part-time, itu bergantung pada kehendak dan keperluan masing-masing. 

Pendapat saya ini sebenarnya dipengaruhi oleh pendapat daripada seorang saudara saya yang merupakan pensyarah di UPM. Beliau berkelulusan PhD dan saya memang adore dengan pencapaian beliau. Kecil molek orangnya, tapi otak geliga hehe. Ketika saya dalam final semester degree, saya pun minta pendapat beliau tentang dilema ni.

Dan beliau cadangkan supaya saya cari pengalaman kerja dulu kemudian barulah sambung Master. Katanya, pengalaman bekerja penting sebab ia akan menyumbang kepada corak pemikiran kita apabila kita sambung Master kelak.

Cuma nak cari pengalaman tu jangan lama sangat, cukup 1-2 tahun pastu terus sambung Master. Bukan apa, risau kita ambil masa yang lama pula nanti nak asah balik minda kita untuk belajar semula. Saya dah melaluinya dan saya rasa ada betulnya pendapat beliau ni.

Kenapa saya lebih sarankan untuk kerja dahulu?

Sambung Master ni cara belajar dia tak sama dengan cara belajar masa undergraduate. Jika undergraduate, silibus lebih kepada mempelajari dan memahami fakta. Pastu mostly kena jawab berdasarkan fakta. Critical thinking dan decision-making tak berapa diterapkan dalam level ni.

Untuk peringkat Master pula, silibus dia memang lebih banyak kepada critical thinking dan decision-making. Nota yang dapat hanya cerita tentang fakta dan konsep asas. Mostly kena cari sendiri apa tindakan yang perlu dilakukan untuk sekian masalah dan apa cadangan sesuai yang boleh dilaksanakan. Pendek kata, tujuan Master ni adalah untuk mempersiapkan pelajar menjadi seorang Manager atau seseorang yang berada dalam Top-level Management.

Maka, bila kita ada sedikit pengalaman bekerja, lebih mudah kita nak relate dengan apa yang kita belajar. Sebab dalam alam pekerjaan, hampir setiap hari kita kena buat keputusan dan semestinya ia melibatkan proses critical thinking. 

Sekadar pendapat

Ini hanya pendapat peribadi saya ya, saya tak kata tak boleh sambung Master tanpa pengalaman bekerja. Sekarang persaingan sangat tinggi, rata-rata umur 23-25 sekarang dah ada Master. Tapi kekurangannya adalah dari segi pengalaman bekerja. Ramai yang ada Master hanya dapat gaji setaraf degree saja, oleh kerana tiada pengalaman bekerja. Majikan sekarang dah tak pandang sangat pada kelulusan, terutamanya syarikat SME. 

Jadi, bila majikan offer gaji banyak tu je, graduan Master ni pun terpaksa terima sebab rasa value dia memang layak dapat tu je oleh kerana tiada pengalaman bekerja. Hal ini boleh menjejaskan market salary bagi orang berkelulusan Master in future, walaupun bagi yang dah mempunyai pengalaman bekerja. Punca market salary drop bukan saja disebabkan oleh hal ini, mungkin ada juga faktor-faktor lain. Tapi ini salah satunya. 

Sekian saja perkongsian saya. Moga ada yang mendapat manfaat dari entri ni. 😊

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya! 

Biasa tak dengar dilema ni? "Lepas grad nanti better sambung terus ke kerja dulu eh?" . Kebanyakan graduan degree sering menghada...

Biasiswa MyBrainSc 2017

Baru dapat emel yang menyatakan tentang pembukaan tawaran biasiswa dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sesiapa yang berminat dijemput untuk memohon Biasiswa MyBrainSc 2017 ni. Sebagai rujukan, boleh la baca sedikit tips untuk memohon biasiswa MyBrain yang telah saya kongsikan sebelum ni. Insyaallah ada rezeki tak ke mana 😊


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajan tinggi telah membuka permohonan untuk skim biasiswa MyBrainSc bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Mac 2017.

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA). 


Untuk maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini, sila klik pada link ini: 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Biasiswa KPT: 

03-8888 1616 (Hotline Bahagian Biasiswa)
Emel: mybrainsc@mohe.gov.my

************************************************************************

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

1) PhD;
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang Sains Tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui permohonan.

2) Sarjana
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang Sains Tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui permohonan.

3) Ijazah pertama
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A-Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada dalam semester akhir di semua IPT;
  • Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa /tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

************************************************************************

Ada banyak lagi biasiswa lain yang sedang ditawarkan sekarang seperti:- 

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP); 
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB); dan 
  • Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Kakitangan Bukan Akademik (SLPP).

Tarikh tutup untuk semua biasiswa ni adalah pada 31 Mac 2017. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut tentang HLP. 

Good luck kepada semua pemohon 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya! 

Baru dapat emel yang menyatakan tentang pembukaan tawaran biasiswa dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sesiapa yang berminat dijemput ...

Mr Roti Canai Kota Kemuning

Anda pernah makan tak Roti Canai Aiskrim? Mungkin ada yang pernah, dan mungkin ramai juga yang tak pernah kan.. Saya pun pertama kali makan roti ni kat restoran Mr Roti Canai, Kota Kemuning. 


Lebih kurang 2 minggu yang lepas, saya dan sahabat saya telah pergi ke restoran ni untuk sarapan pagi. Masa tu selera nak makan roti canai sebab awal pagi lagi dah tercium bau roti canai yang sedap hehe. Gigih kami waze dan review restoran roti canai yang best haha. So, jumpa la Mr Roti Canai ni. 

Sampai je kat depan restoran Mr Roti Canai, first impression kami ialah.. 

"Eh, tak mahal ke roti canai dia ni?" 😂

Inilah restoran Mr Roti Canai di Kota Kemuning. Cantik kan?
Kredit foto: www.zomato.com

Dah alang-alang sampai, masuk aje lah kan. Persekitaran restoran ni memang sangat bersih, rasa macam duduk kat Old Town gitu. Kami pun memilih untuk duduk di luar, nak tengok view jalan raya hihi. Bila waiter bagi menu, tak sangka pula harga makanan kat restoran ni sangat berpatutan!  

Apa yang kami makan di sini..

Macam-macam variasi roti canai yang anda akan jumpa kat restoran ni. Bukan saja roti canai, menu lain seperti nasi lemak, nasi briyani, nasi kandar, dan mi goreng pun ada. 

Tapi yang paling saya teruja nak cuba ialah Roti Canai Aiskrim! Serius saya tak pernah dengar menu ni. So, jakun sikit la hehe. Selain tu kami ada juga order menu lain seperti popia dan nasi lemak.

Memang sedap! Tak rugi mencuba.

Hot cappucino and iced cappucino.

Popia rangup.

Nasi lemak ayam goreng.

Nasi lemak ayam .. Err lupa pulak nama dia. 

Rating: 4.8/5

Servis cepat dan profesional. Makanan yang kami order semuanya sedap-sedap belaka. Persekitaran kedai yang sangat bersih, kemas dan cantik. View pun best. 

Jika anda nak berkunjung ke restoran ni, boleh terus waze Mr Roti Canai (Kota Kemuning). Dah pergi ke sana nanti, kongsi la pengalaman anda pula. 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya! 

Anda pernah makan tak Roti Canai Aiskrim? Mungkin ada yang pernah, dan mungkin ramai juga yang tak pernah kan.. Saya pun pertama kali makan...

Restoran Aidania Shah Alam

Pada minggu lepas, saya bersama sahabat saya sedang mencari tempat makan di sekitar kawasan Shah Alam. Lepas google tempat makan best di Shah Alam, kami sepakat nak pergi ke Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7. 

Banyak review menarik tentang Restoran Bisik-Bisik ni. Ianya adalah sebuah restoran yang menyajikan pelbagai masakan negeri Johor seperti mee bandung udang galah, mee rebus, dan kacang pol. 

Lain yang dicari, lain pula yang dituju

Bila tiba di hadapan Restoran Bisik-Bisik, nampak macam takde orang pulak. Kami ingat restoran tu belum dibuka. Mengenangkan perut yang dah lapar sangat, kami pun terus menuju ke sebuah restoran yang terletak di corner lot kedai.


Nama restoran tersebut ialah Restoran Aidania, terletak betul-betul di hadapan Restoran Bisik-Bisik. Menu utama yang dihidang di sini adalah Asam Pedas. Siapa yang suka makan masakan asam pedas tu, anda wajib berkunjung ke restoran ni ya. Saya pula tak makan sangat asam pedas. 😅

Menu kami 

Pelbagai jenis hidangan yang disediakan di sini seperti menu asam pedas, menu masak lemak, kambing panggang juga ada. Susah juga nak buat pilihan. Nampak semua macam sedap je. 

Saya pilih menu Nasi Palembang Combo Daging dan Ayam.
Daging yang lembut, memang sedap!

Ini menu sahabat saya, keli masak lemak. Terbaik juga!

Menu keli masak lemak ni dalam satu set termasuk nasi putih, telur dadar, dan minuman teh o ais.


Rating: 4.5/5

Keseluruhannya, restoran ni memang terbaik dari segi servis yang cepat dan makanan yang sedap. Persekitaran kedai pun bersih. Sangat puas hati! 😊

Jika anda teringin nak makan masakan asam pedas atau makan menu seperti dalam entri ni, boleh la berkunjung ke Restoran Aidania seperti info di bawah:

Lokasi: No. 44, Jalan Zirkon F7/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 
Website: www.aidania.com

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Pada minggu lepas, saya bersama sahabat saya sedang mencari tempat makan di sekitar kawasan Shah Alam. Lepas google tempat makan best di Sh...

Seminggu Bersama webe

Pagi tadi saya ada terbaca komen webe di Facebook page mereka yang menyatakan bahawa mereka akan melanjutkan tempoh promosi pelan Internet tanpa had dengan komitmen RM79 sebulan tu. Sepatutnya dah tamat pada 12 Februari lepas, tapi akan dilanjutkan lagi. Mungkin permintaan masih tinggi dan ramai yang nak mencuba pelan Internet ni.

Saya pun tak sangka boleh terjebak dengan promosi webe ni hehe. Padahal sebelum ni tak pernah tahu pun webe ni apa. Pertama kali saya dengar tentang webe dalam tahun ni jugak. 


Kenapa berminat nak pakai webe?

Saya boleh dikategorikan sebagai 'heavy user' dalam penggunaan Internet. Suka sangat tengok video di Instagram dan Youtube. Dan selalunya saya akan repeat video yang sama berjuta kali terutamanya video itsjudytime, Yusuf Iskandar, Bujibuchempel, dan anak Tomok, Arrian. They're all too cute! 😍

Pelan Celcom First Gold 20GB yang saya langgan pun tak pernah cukup, asyik kena topup kuota gara-gara selalu sangat tengok video dorang ni hehe. Bila saya dengar je tentang webe, memang laju saya decide untuk beli. UNLIMITED INTERNET kan. 😁

Review tentang webe

Sebelum beli webe ni, saya ada juga buat research sikit. Baca review mereka yang dah pernah menggunakan webe dan lihat komen di Facebook page webe digital. Alamak, nampaknya banyak bad review dari good review yang saya jumpa. 😅

Macam-macam komen terutamanya tentang support service webe. Saya pun akui agak susah nak berkomunikasi dengan team webe melalui medium yang mereka sediakan iaitu online support form, live chat, dan walk-in.

Live chat antara medium paling mudah dan cepat. Dalam beberapa minit memang ada staff webe yang akan respon chat kita. Nak lagi mudah dan cepat? Boleh terus hubungi webe careline di talian 011-1000 1000.

Walaupun banyak review yang kurang menyenangkan, saya tetap juga nak cuba pakai webe memandangkan setakat ni tidak ada sebarang kontrak dikenakan kepada pelanggan. Jadi kalau rasa nak terminate nanti, boleh buat pada bila-bila masa. 😀

Seminggu bersama webe

Hari ni dah masuk seminggu saya menggunakan webe. So far so good. Boleh layan video unlimited dan tak perlu risau tentang kuota hehe.

Cuma saya pelik kenapa line saya 3G je. Sampai kat KL pun masih 3G. Dah pakai certified phone pun masih 3G, tak pernah saya tengok line webe saya jadi 4G. Ada sesiapa tak yang mengalami perkara yang sama seperti saya? Cuba komen sikit.

Anyway, harapan saya agar perkhidmatan webe akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Terima kasih webe kerana menyediakan pelan Internet tanpa had dengan komitmen berpatutan kepada rakyat Malaysia! 👍

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Pagi tadi saya ada terbaca komen webe di Facebook page mereka yang menyatakan bahawa mereka akan melanjutkan tempoh promosi pelan Internet ...

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Dropship

Pada tahun 2017 ni, rasanya perkataan 'dropship' bukan lagi sesuatu yang asing. Ramai peniaga terutamanya peniaga online yang menjalankan bisnes secara dropship. Apatah lagi dalam zaman teknologi seperti sekarang, kemudahan Internet ada di mana-mana dan ini seakan-akan memberi peluang kepada mereka yang ingin berniaga dengan modal rendah atau tanpa modal sekalipun!




Apa itu Dropship?

Dropship ialah satu sistem di mana kita menjalanlakan perniagaan tanpa perlu menyimpan stok. Senang kata, macam orang tengah atau ejen. 

Sebagai ejen dropship, kita perlu mempromosikan produk supplier, dan bila kita dapat order dari customer, kita akan inform kepada supplier. Seterusnya, supplier la yang akan menguruskan penghantaran produk tersebut kepada customer kita. 

Salah satu kelebihan utama menjadi ejen dropship ni ialah kita tak perlu keluarkan modal satu sen pun. Best kan? 

Tapi ada juga sesetengah supplier yang mengenakan yuran. Yuran ni adalah untuk memastikan seseorang itu serius dan komited dalam menjalankan tugasnya sebagai ejen dropship. Paling mahal pun mungkin dalam RM30-RM50, tidaklah semahal kos untuk memborong produk.

Bagaimana nak menjadi dropship?

Anda boleh google mana-mana supplier yang menawarkan program dropship. Contohnya, cuba google dropship Malaysia. Anda boleh juga cuba cari kat Instagram dengan hashtag seperti #dropshipneeded atau #dropshipdiperlukan. 

Pilihan memang sangat banyak, sampai rambang mata tak tahu nak dropship produk yang mana satu. 😅 Apa pun, semua bergantung pada jenis produk apa yang anda nak jual. Nak jual tudung ke, pakaian ke, kasut ke.

Tips menjadi ejen dropship

Sebagai permulaan, better focus on one type of product. Contohnya nak jual tudung. So, boleh start cari mana-mana supplier atau peniaga yang ada buat program dropship. Ambil dalam 3-5 supplier. 

Kemudian, tanya supplier soalan-soalan seperti berikut:

1. Apakah syarat yang dikenakan ke atas ejen dropship?
2. Berapa harga produk untuk ejen dropship dan berapa pula harga untuk customer?
3. Berapa lama tempoh diambil untuk proses penghantaran barang kepada customer?
4. Ada tak polisi untuk barang yang defect, customer nak refund etc.

Semua ni kena ambil tahu supaya kita lebih faham cara bekerja dengan supplier kita. 😊

Pengalaman saya menjadi ejen dropship

Pertama kali saya mendaftar sebagai ejen dropship adalah pada tahun 2013. Masa tu tengah trend dress peplum. Hehe. Saya pun cuba la nak jual dress tu jugak. Ada la dalam 2-3 helai terjual. Dapat la profit RM15 x 3 = RM45. Alhamdulillah..


Yang bestnya customer tu contact saya melalui blogshop yang saya buat untuk jual dress. Tak sangka betul, ada juga orang singgah ke blogshop tu. Padahal saya tak promote sangat pun blogshop tu. 😁

Sekarang saya masih juga menjadi ejen dropship. Tapi untuk produk lain pula. Entah kenapa saya suka sangat konsep dropshipping ni. Untung memang tak besar sangat, tapi kerja saya jadi mudah sebab saya tak perlu fikir nak bungkus produk dan pos kepada customer. Saya pun sekarang masih lagi belajar, nak kena fokus pada pelajaran dan final project. So, bagi saya jadi ejen dropship ni sangat sesuai.

Kumoten - Powerfully Dropship Business

Salah satu website yang menyediakan program dropship terbaik di Malaysia ialah Kumoten. Saya pun baru discover website ni dalam 4 bulan yang lepas. Macam-macam produk mereka ada. Pakaian, produk kecantikan, barangan untuk bayi dan kanak-kanak, aksesori kereta, gadget, kelengkapan rumah, etc.



Pertama kali saya masuk ke website Kumoten ni, haish memang rambang mata dibuatnya. Bayangkan lebih 10,000 produk yang kita boleh jual daripada website ni. Pendek kata, sangat banyak! Lagi best sebab pendaftaran nak jadi ejen dropship mereka percuma je. No signup fee, no monthly fee.






Anda pun boleh la cuba mendaftar sebagai ejen dropship Kumoten ni. Mana tahu rezeki anda ada kat sini kan? Sama-sama la kita mencari rezeki yang halal melalui dropship ni. 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Pada tahun 2017 ni, rasanya perkataan 'dropship' bukan lagi sesuatu yang asing. Ramai peniaga terutamanya peniaga online yang menja...

Dilema Master: Research, Coursework atau Mixed Mode?

Hari ni dah mula semester baru. Kampus pun dah mula meriah dengan student. Rasa sekejap je cuti hehe. Banyak benda baru yang saya belajar masa cuti, sampai tak sedar dah duduk depan laptop seharian. Antaranya belajar pasal blogging la. Hari-hari baca tips blogging, nak motivate diri sendiri. 😅


Dilema Nak Sambung Master

Semester ni ialah semester terakhir untuk pengajian Master saya di UTM. Haii rasa macam baru je mendaftar semalam. Cepat betul masa berlalu. Sepanjang saya belajar kat UTM ni, saya ada buat job part-time. Daripada job tu, saya banyak bertemu dengan student undergraduate dan mereka ini selalu bertanyakan pendapat saya tentang perbezaan Master by Research, Coursework, dan Mixed Mode. Ramai yang bercadang nak sambung Master tapi mereka tak tahu nak pilih mode mana satu. Ni antara dilema terbesar jugak bila nak sambung Master.

Jawapan saya..

Pertama sekali, kita kena tahu apa yang kita MINAT dan nilai KEMAMPUAN diri kita. Jangan mudah ikut orang, itu satu kesilapan besar yang akan merugikan diri sendiri. Cuba buat self-checklist. Tanya pada diri sendiri.

Contohnya:

1. Boleh ke aku buat semua kerja sorang-sorang? 
2. Boleh ke aku manage masa sendiri? Atau aku perlukan fixed schedule?
3. Aku betul-betul minat ke tak bidang ni? Minat yang mendalam atau sekadar minat saja?
4. Mode yang mana satu akan lebih membantu aku untuk capai cita-cita aku?
5. Aku suka belajar sendiri (bereksperimen sendiri) atau suka masuk kelas?

Anda kena bayangkan diri anda dah berada dalam ketiga-tiga situasi tu, samada by research, coursework, atau mixed mode. Yang mana satu anda rasa sesuai dengan minat dan kemampuan anda?

Untuk Master by Research, tak perlu masuk kelas dah. Cuma maybe ada 1-2 subjek yang wajib ambil seperti Research Methodology. Lebih banyak masa free dan bergantung pada student bagaimana nak manage masa untuk buat research.

Untuk Master by Coursework dan Mixed Mode pula, tak banyak berbeza pun dengan life masa degree. Kedua-duanya memerlukan student untuk pergi ke kelas, buat assignment, jawab quiz, test dan final exam. Tetapi Coursework biasanya lebih banyak bilangan subjek yang perlu diambil compare to Mixed Mode. Masa free tu kurang dan lebih busy berbanding student by Research.

Perbezaan paling ketara antara Coursework dan Mixed Mode adalah dari segi research project. Total jam kredit untuk research project dalam Mixed Mode lebih banyak berbanding Coursework. Dalam Mixed Mode, research project disebut sebagai dissertation, manakala dalam Coursework disebut project.

Pengalaman saya..

Sebelum sambung Master, saya memang dah set dalam kepala untuk ambil Coursework sahaja. Sebab utama ialah saya suka menuntut pelbagai jenis ilmu dan saya juga perlukan fixed schedule. Saya suka masuk ke kelas, buat assignment, jawab exam. Pendek kata, saya suka berguru. 😊

Itu jela saya nak share kali ni. Harap dapat membantu anda yang tengah dilema tu. Jangan lupa buat solat hajat dan istikaharah juga. Mohon petunjuk dari-Nya. Tepuk dada, tanya diri. 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Hari ni dah mula semester baru. Kampus pun dah mula meriah dengan student. Rasa sekejap je cuti hehe. Banyak benda baru yang saya belajar m...

Tips Memohon Biasiswa MyBrain15

Hi, ada yang tengah plan nak sambung Master or PhD ke tahun ni? Kalau ada, hopefully dipermudahkan ya. Dalam entri kali ni, saya nak share serba sedikit tips nak mohon MyBrain15 berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak mohon biasiswa ni nanti.

Pengalaman saya..

Syukur alhamdulillah, saya telah berjaya ditawarkan biasiswa MyBrain15 (MyMaster) pada 21 November 2016. Tak sangka pun dapat, sebab lama jugak nak tunggu result dia keluar. Sampai berhenti berharap, ingatkan MyBrain15 dah kena freeze.😅 Fyi, saya ambil Master by Taught Course dan tempoh pengajian adalah selama 3 semester. Now saya berada dalam final semester. Dan saya dapat MyMaster ni untuk dua semester sahaja. Semester pertama tak dikira. 

Untuk semester kedua, yuran pengajian saya dah settle sebelum result MyBrain15 keluar. Jadi, nanti saya akan dapat balik claim yuran semester kedua tu. Jangan tanya bila akan dapat, sebab saya pun masih menunggu. 😁

Okay, so kat sini saya akan share beberapa tips semasa memohon dan selepas berjaya mendapat MyBrain15. Basically benda simple je. Tapi benda simple ni la yang kadang-kadang boleh jadi careless mistake bila tak ambil perhatian dan menyebabkan permohonan kita gagal.



Tips Semasa Memohon MyBrain15:

1. Make sure alert dengan tarikh permohonan dibuka dan ditutup. Boleh tengok sebarang update kat FB page MyBrain15 KPT.

2. Permohonan MyBrain15 ni 100% online, so kena prepare untuk scan dokumen dan borang seperti yang diminta. Pastikan scan dengan jelas dan kemas.

3. Kena prepare juga untuk compress semua file tu mengikut saiz yang telah ditetapkan. Sebab tu pastikan scan asal jelas, kalau tak nanti bila compress makin tak jelas.

4. Untuk pemohon yang pernah bekerja, perlu sertakan surat berhenti kerja dari majikan dan juga penyata KWSP.

Tips Selepas Berjaya Mendapat Tawaran MyBrain15:

1. Bila dah dapat tahu permohonan kita berjaya, terus buka website MyBrain15. Download dan print semua dokumen dan borang yang diperlukan.

2. Seeloknya borang tu print lebih sikit, extra 2-3 copies ke. Sebagai backup. Make sure print out semua ni secepat mungkin ya. Jangan lengahkan.

3. Lepas dah print, susun siap-siap semua dokumen dan borang tu berpandukan pada senarai semak dokumen yang disediakan. Senarai semak ni akan jadi first page. So, ikut je susunan dia macamana.

4. Untuk panduan mengisi borang, boleh rujuk pada link yang disediakan dalam website MyBrain15. Ikut betul-betul okay.

5. Satu salinan surat tawaran perlu diserahkan kepada Bendahari universiti dalam tempoh 7 hari. Jangan leka.

Tu je tips mudah dan ringkas. 😊

Oh, saya nak share satu benda lagi. Ni salah satu soalan yang sering menjadi tanda tanya bila nak mohon MyBrain15..

Adakah saya boleh memohon MyBrain15 sekiranya saya dah dapat PTPTN?

Jawapannya, YA. Let's say anda dah mohon PTPTN dan berjaya, anda masih boleh mohon untuk MyBrain15. Sebab PTPTN dikira sebagai loan, bukan biasiswa. Dan sekiranya permohonan MyBrain15 anda juga berjaya, duit PTPTN tu boleh buat untuk bayar hostel fee dan sara hidup.

Manakala duit PTPTN yang dah digunakan untuk bayar yuran pengajian pada semester yang termasuk dalam tempoh pembiayaan oleh MyBrain15 (tengok surat tawaran), akan dibayar semula oleh pihak MyBrain15. Insyaallah memang akan dapat, cepat atau lambat je.

Okay itu je la yang saya boleh kongsi setakat ni, sebab ni je yang ingat hehe. Jika ada apa-apa persoalan, boleh tanya. Good luck! 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Hi, ada yang tengah plan nak sambung Master or PhD ke tahun ni? Kalau ada, hopefully dipermudahkan ya. Dalam entri kali ni, saya nak share ...