Cara Mudah Dapatkan Domain Untuk Beginner

Memiliki domain sendiri sudah pasti menjadi impian setiap blogger yang ingin tampil lebih professional. Saya juga memasang impian yang sama suatu masa dahulu, dan kini saya sudah pun memilikinya.Walaupun nama domain saya sekarang agak pelik bunyinya dan tak pro langsung, tapi yang pelik tu la lain daripada yang lain 😉 Tak sangka pula rupanya senang je nak dapat domain sendiri ni.

Apa itu domain?
Sebelum saya terangkan cara-cara nak dapatkan domain sendiri, jom kita tengok apa itu domain terlebih dahulu. Domain adalah nama atau alamat web yang ditulis di web server. Sebagai contoh, anda buat blog dengan platform Blogger dan alamat web anda ialah ali.blogspot.my. Dan selepas anda ada domain sendiri, alamat web tu akan menjadi ali.com. Memiliki domain sendiri ni ada banyak kelebihan. Anda pasti nak dapatkan domain anda bila tahu 9 sebab kenapa perlu ada domain sendiri.

Untuk dapatkan domain sendiri, nak tak nak kena beli. Tiada istilah free kalau nak beli domain sahaja. Harga domain pula bergantung pada Top Level Domain (nama domain yang terletak di sebelah kanan dot) yang anda pilih. Contohnya anda nak pilih .com, .my, .org atau .net. Each of them have different prices.



Okay.. So, kat mana nak beli domain ni?

Anda boleh beli kat syarikat yang menyediakan servis domain. Ada banyak pilihan samada yang local atau international. Kena bijak compare harga mengikut bajet masing-masing dan buat survey sikit tentang background syarikat.

GoDaddy, HostGator, dan Bluehost adalah antara syarikat international yang terkenal dalam menyediakan servis web hosting dan domain. Saya hampir juga terbeli domain dari GoDaddy. At last tak jadi sebab tak kena dengan bajet. Maklum la student lagi 😀 Saya pun baru nak start berblog, jadi pilihan saya mestilah yang murah dan mudah. 

Syarikat local pun dah banyak yang sediakan servis web hosting dan domain ni. Antaranya ialah Shiftserver, Exabytes, NetKL dan Serverfreak. Pada pendapat saya, adalah lebih mudah untuk beli domain dari syarikat local. Pertama, sebab urusan jual beli dalam Ringgit Malaysia di mana harga jadi lebih murah berbanding jika berurusan dalam US Dollar. Kedua, lebih mudah nak communicate kalau ada apa-apa masalah.

Pilihan saya
Selepas dah puas survey nak beli domain kat mana, akhirnya saya memilih NetKL - syarikat local dari Kuala Lumpur. Banyak review positif yang saya baca tentang NetKL ni. Ramai berpuas hati dengan servis mereka. So, saya pun nak recommend juga NetKL. Harga yang dorang offer untuk beli domain saja agak murah dan sesuai dengan bajet saya. Plus, memang cepat je dorang reply especially bila saya nak setup domain kat blog. Thank you NetKL!


Harga domain .com kat NetKL RM45. Lepas anda dah beli domain ni, anda kena pasang kat blog. Boleh refer guideline yang disediakan oleh NetKL. Tapi kalau anda tak reti, andaboleh minta NetKL tolong pasangkan. Cas pemasangan RM10. Anda jangan risau. Dorang ni beroperasi 24/7 sepanjang 365 hari. Anytime boleh contact dorang.

Kesimpulan

Sesiapa yang rasa nak upgrade blog dia untuk nampak lebih professional dan mempunyai banyak idea untuk pengisian blog, meh beli domain cepat. Best tau ada domain sendiri ni! 😊

Ernie Widhyharti
Ernie Widhyharti

Menulis sebagai terapi minda. Berkongsi sebahagian dari terapi hati. Yang baik kita amalkan, yang buruk jadikan pedoman. Terima kasih sudi melawat blog saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan