Cara Tukar Domain Di Blogspot

Pada minggu lepas, saya telah membuat keputusan untuk menukar domain Blogspot kepada domain sendiri dan saya memilih untuk membeli domain di NetKL. Selepas selesai urusan payment dan pendaftaran domain saya telah disahkan, saya perlu menukar URL Blogspot kepada URL domain yang telah saya daftarkan di NetKL. Dengan panduan tutorial daripada Google, NetKL, dan Sanazi.My, finally berjaya juga saya tukar domain sendiri 😁




Untuk proses menukar domain di Blogspot ni, anda perlu buat setting di dalam Domain Control Panel dan setting Blogspot. Dalam artikel ni, saya cover tentang setting domain dari NetKL sahaja. Tapi untuk provider lain pun anda boleh cuba apply step ni sebab proses sama sahaja, yang berbeza cuma interface.

Berikut saya terangkan cara-cara untuk menukar domain di Blogspot: 


Step 1 - Login ke dalam Domain Control Panel 

First sekali, sila login ke dalam NetKL Domain Control Panel di sini. Masukkan email dan password. 



Step 2 - Pilih domain

Pada bahagian tab, pergi ke Manage Orders dan kemudian klik pada List/Search Orders untuk memilih domain yang kita nak setting ke Blogspot. Seterusnya tick pada domain yang anda nak setup dan klik pada link domain.



Step 3 - Setting domain

Di sini ada beberapa option seperti Domain Registration dan Email. Skrol sampai ke bawah dan anda akan jumpa DNS ManagementDNS tu maksudnya Domain Name Servers. 



Klik Manage DNS. Then, akan keluar pop-up screen macam dalam gambar kat bawah. 




Step 4 - Setting 'A-Records'

Dalam pop-up screen tu, klik Add A Record. Nanti keluar gambar macam kat bawah. 



Masukkan simbol '@' atau boleh juga dibiarkan kosong dalam ruangan Host. Kemudian, masukkan salah satu Google IP seperti di bawah dalam ruangan Destination IPv4 Address. TTL jangan usik.


216.239.32.21

216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21



Step ni perlu diulangi sebanyak EMPAT KALI untuk create empat A-records yang berasingan yang akan point kepada empat Google IP yang berbeza. Pastikan last sekali anda akan dapat empat A-records macam ni:



*Record ID tu ada 8-digit ya i.e 72812345.

Step 5 - Setting CNAME Records

Next step ialah nak setup CNAME Records. Klik CNAME Records



Selepas tu, isi ruangan Host Name dan Value seperti di bawah. TTL jangan usik:


Host Name: www
Value: ghs.google.com



 Dah siap boleh klik Add Record. 





Kemudian kena tambah lagi satu CNAME Record. Tapi sebelum tu buka dulu setting blog yang anda nak tukar domain tu.

Step 6 - Setting Blogspot

Pergi ke Settings dan pilih Basic. Seterusnya klik +Setup a 3rd party URL for your blog.




Masukkan URL domain yang telah anda beli dan klik Save. Then dia akan keluar macam ni:


Nampak tak code 1 dan 2 tu? Kena censored sebab sensitive 😀 Haa yang tu la kita nak tambah dalam Step 5 tadi. 

Klik Add CNAME Record dan masukkan code 1 dalam ruangan Host manakala code 2 dalam ruangan Value. Dah siap boleh klik Add Record.


Step 7 - Save Domain Baru
Pergi semula ke setting blog. Untuk Use a missing file host tu biarkan sebagai No. Cuba klik Save. Kalau keluar error i.e Error 12, Error 14, etc. jangan cuak ya. Sebab saya pun mengalaminya 😅 Mungkin masa ni sistem tengah ambil masa untuk resolve dan activate domain baru tu. Cuba try save lagi sampai berjaya.

Step 8 - Redirect non-www ke www
Redirect ni penting untuk mengelakkan page blog daripada error bila orang taip nama blog anda tanpa www. Lepas step 7 dah settle, klik semula pada Edit dan tick pada Redirect xyz.com to www.xyz.com. 




Dah siap!

Jika anda tak pasti cara nak setup domain ni sendiri, boleh minta team NetKL tolong setup kan. Klik sini dan pilih samada nak CDS Blogger Plan without Email Package (RM10 one time) atau with Email package (RM80/year). Selamat mencuba! 😊


Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!


Ernie Widhyharti
Ernie Widhyharti

Menulis sebagai terapi minda. Berkongsi sebahagian dari terapi hati. Yang baik kita amalkan, yang buruk jadikan pedoman. Terima kasih sudi melawat blog saya.

2 ulasan:

  1. Terima kasih perkongsian ni.

    Dulu masa cuba setting benda ni, pening jugak.

    Tapi rupa-rupanya, senang je kalau faham step by step. :)

    BalasPadam