Mr Roti Canai Kota Kemuning

Anda pernah makan tak Roti Canai Aiskrim? Mungkin ada yang pernah, dan mungkin ramai juga yang tak pernah kan.. Saya pun pertama kali makan roti ni kat restoran Mr Roti Canai, Kota Kemuning. 


Lebih kurang 2 minggu yang lepas, saya dan sahabat saya telah pergi ke restoran ni untuk sarapan pagi. Masa tu selera nak makan roti canai sebab awal pagi lagi dah tercium bau roti canai yang sedap hehe. Gigih kami waze dan review restoran roti canai yang best haha. So, jumpa la Mr Roti Canai ni. 

Sampai je kat depan restoran Mr Roti Canai, first impression kami ialah.. 

"Eh, tak mahal ke roti canai dia ni?" 😂

Inilah restoran Mr Roti Canai di Kota Kemuning. Cantik kan?
Kredit foto: www.zomato.com

Dah alang-alang sampai, masuk aje lah kan. Persekitaran restoran ni memang sangat bersih, rasa macam duduk kat Old Town gitu. Kami pun memilih untuk duduk di luar, nak tengok view jalan raya hihi. Bila waiter bagi menu, tak sangka pula harga makanan kat restoran ni sangat berpatutan!  

Apa yang kami makan di sini..

Macam-macam variasi roti canai yang anda akan jumpa kat restoran ni. Bukan saja roti canai, menu lain seperti nasi lemak, nasi briyani, nasi kandar, dan mi goreng pun ada. 

Tapi yang paling saya teruja nak cuba ialah Roti Canai Aiskrim! Serius saya tak pernah dengar menu ni. So, jakun sikit la hehe. Selain tu kami ada juga order menu lain seperti popia dan nasi lemak.

Memang sedap! Tak rugi mencuba.

Hot cappucino and iced cappucino.

Popia rangup.

Nasi lemak ayam goreng.

Nasi lemak ayam .. Err lupa pulak nama dia. 

Rating: 4.8/5

Servis cepat dan profesional. Makanan yang kami order semuanya sedap-sedap belaka. Persekitaran kedai yang sangat bersih, kemas dan cantik. View pun best. 

Jika anda nak berkunjung ke restoran ni, boleh terus waze Mr Roti Canai (Kota Kemuning). Dah pergi ke sana nanti, kongsi la pengalaman anda pula. 😉

Ernie Widhyharti
Ernie Widhyharti

Menulis sebagai terapi minda. Berkongsi sebahagian dari terapi hati. Yang baik kita amalkan, yang buruk jadikan pedoman. Terima kasih sudi melawat blog saya.

4 ulasan:

  1. Tak pernah lagi makan roti yang ada letak aiskrim tapi gambar-gambar makanan kat atas semua nampak sedap huaaa menduga betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada masa nanti boleh la ke sana ya :)

      Padam
  2. Mr.Roti Canai yang ni bukan kota kemuning yer,yg ni Bukti Rimau. tp sebelah je la dgn kota kemuning. Ade org kata owner India bkn mamak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke, maaf saya tak familiar dengan tempat kat sana hehe. Tapi ada sijil halal kan? Thanks for the info btw :)

      Padam