Tips Memohon Biasiswa MyBrain15

Hi, ada yang tengah plan nak sambung Master or PhD ke tahun ni? Kalau ada, hopefully dipermudahkan ya. Dalam entri kali ni, saya nak share serba sedikit tips nak mohon MyBrain15 berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak mohon biasiswa ni nanti.

Pengalaman saya..

Syukur alhamdulillah, saya telah berjaya ditawarkan biasiswa MyBrain15 (MyMaster) pada 21 November 2016. Tak sangka pun dapat, sebab lama jugak nak tunggu result dia keluar. Sampai berhenti berharap, ingatkan MyBrain15 dah kena freeze.😅 Fyi, saya ambil Master by Taught Course dan tempoh pengajian adalah selama 3 semester. Now saya berada dalam final semester. Dan saya dapat MyMaster ni untuk dua semester sahaja. Semester pertama tak dikira. 

Untuk semester kedua, yuran pengajian saya dah settle sebelum result MyBrain15 keluar. Jadi, nanti saya akan dapat balik claim yuran semester kedua tu. Jangan tanya bila akan dapat, sebab saya pun masih menunggu. 😁

Okay, so kat sini saya akan share beberapa tips semasa memohon dan selepas berjaya mendapat MyBrain15. Basically benda simple je. Tapi benda simple ni la yang kadang-kadang boleh jadi careless mistake bila tak ambil perhatian dan menyebabkan permohonan kita gagal.



Tips Semasa Memohon MyBrain15:

1. Make sure alert dengan tarikh permohonan dibuka dan ditutup. Boleh tengok sebarang update kat FB page MyBrain15 KPT.

2. Permohonan MyBrain15 ni 100% online, so kena prepare untuk scan dokumen dan borang seperti yang diminta. Pastikan scan dengan jelas dan kemas.

3. Kena prepare juga untuk compress semua file tu mengikut saiz yang telah ditetapkan. Sebab tu pastikan scan asal jelas, kalau tak nanti bila compress makin tak jelas.

4. Untuk pemohon yang pernah bekerja, perlu sertakan surat berhenti kerja dari majikan dan juga penyata KWSP.

Tips Selepas Berjaya Mendapat Tawaran MyBrain15:

1. Bila dah dapat tahu permohonan kita berjaya, terus buka website MyBrain15. Download dan print semua dokumen dan borang yang diperlukan.

2. Seeloknya borang tu print lebih sikit, extra 2-3 copies ke. Sebagai backup. Make sure print out semua ni secepat mungkin ya. Jangan lengahkan.

3. Lepas dah print, susun siap-siap semua dokumen dan borang tu berpandukan pada senarai semak dokumen yang disediakan. Senarai semak ni akan jadi first page. So, ikut je susunan dia macamana.

4. Untuk panduan mengisi borang, boleh rujuk pada link yang disediakan dalam website MyBrain15. Ikut betul-betul okay.

5. Satu salinan surat tawaran perlu diserahkan kepada Bendahari universiti dalam tempoh 7 hari. Jangan leka.

Tu je tips mudah dan ringkas. 😊

Oh, saya nak share satu benda lagi. Ni salah satu soalan yang sering menjadi tanda tanya bila nak mohon MyBrain15..

Adakah saya boleh memohon MyBrain15 sekiranya saya dah dapat PTPTN?

Jawapannya, YA. Let's say anda dah mohon PTPTN dan berjaya, anda masih boleh mohon untuk MyBrain15. Sebab PTPTN dikira sebagai loan, bukan biasiswa. Dan sekiranya permohonan MyBrain15 anda juga berjaya, duit PTPTN tu boleh buat untuk bayar hostel fee dan sara hidup.

Manakala duit PTPTN yang dah digunakan untuk bayar yuran pengajian pada semester yang termasuk dalam tempoh pembiayaan oleh MyBrain15 (tengok surat tawaran), akan dibayar semula oleh pihak MyBrain15. Insyaallah memang akan dapat, cepat atau lambat je.

Okay itu je la yang saya boleh kongsi setakat ni, sebab ni je yang ingat hehe. Jika ada apa-apa persoalan, boleh tanya. Good luck! 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Ernie Widhyharti
Ernie Widhyharti

Menulis sebagai terapi minda. Berkongsi sebahagian dari terapi hati. Yang baik kita amalkan, yang buruk jadikan pedoman. Terima kasih sudi melawat blog saya.

2 ulasan:

  1. kakak saya sambung master right after dia dah habis degree sebab dapat tahu pasal MyBrain ni. Tapi yang kecewanya dia dah apply banyak kali still tak lepas. tak tau kenapa. Last2 semua tanggung sendiri pembayaran. Sakit sikit la nak bayar sendiri banyak kali tertangguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke.. Memang sakit nak bayar sendiri. Saya pun ada classmate yang tak lepas MyBrain. Rasanya dah ikut betul2 semua prosedur. Hmm tak tahu kenapa MyBrain reject. Takpe la, mungkin rezeki kakak awak bukan kat situ. Insyaallah ada rezeki yg lebih baik nanti. :)

      Padam