Ada Apa Dengan SPM?

Penantian selama beberapa bulan telah berakhir dengan pengumuman keputusan peperiksaan SPM semalam. Tahniah diucapkan kepada semua candidate yang mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang, jangan putus asa okay? Perjalanan hidup ini masih jauh buat kalian. Harus tabah dan kuat serta yakin pada rezeki Allah SWT. 😊


Dua hari yang lepas, saya menjalankan kajian soal selidik di shopping mall berkaitan dengan projek saya. Saya approach hampir semua peniaga dalam mall tersebut, tidak kira bangsa dan warganegara. Asalkan mereka boleh memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan bersetuju untuk menjawab soal selidik.

Mencabar juga tugasan ni bagi saya, sebab ini pertama kali saya membuat kajian soal selidik a.k.a survey. Dulu saya belajar kos Kimia, memang duduk dalam lab je buat eksperimen. Tak perlu approach public, approach SV dan equipment lab je. 😁

Di tempat awam yang dipenuhi orang awam dengan pelbagai latar belakang dan karakter, sememangnya macam-macam ilmu dan pengalaman yang saya dapat. Setiap kali saya dapat approach responden, kami akan bersembang santai sambil melengkapkan survey yang diberi. Dan topik utama yang menjadi 'modal' saya ketika itu ialah keputusan SPM. 

"Eh kak, esok result SPM keluar kan?"

"Akak ada anak yang ambil SPM?"

Begitu la saya memulakan cerita. Memandangkan yang saya approach ni kebanyakan umurnya dah hampir sebaya dengan mak saya, jadi lebih seronok saya nak korek cerita mereka hehe. Orang dah banyak pengalaman hidup selalunya banyak cerita best-best. Daripada cerita SPM tu, macam-macam cerita lain boleh keluar sama. Dari universiti, ke alam pekerjaan, akhirnya ke politik dan ekonomi negara. 😅

Kebanyakan akak-akak ni memang concern dengan SPM, terutamanya yang ada anak calon SPM tahun ni. Bagi mereka, SPM ni la harapan untuk mereka melihat anak mereka berjaya dan dapat membantu keluarga. Mereka tak kisah kerja siang malam, yang penting anak dapat belajar dengan baik dan dapat keputusan yang terbaik. Sebak juga dengar, terus teringat mak ayah saya nun jauh di Labuan.

Apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini ialah, bagi yang bakal menduduki peperiksaan SPM:

Belajar la bersungguh-sungguh meskipun orang berkata SPM ni tak penting, yang penting pandai cari duit.

Belajar la bersungguh-sungguh meskipun orang berkata dapat result SPM cemerlang tak semestinya dapat kerja bagus, lebih baik buat bisnes.

Selagi boleh belajar, belajar la betul-betul ya. Duit bila-bila boleh dicari.

p/s: Menuntut ilmu niat kerana Allah SWT.

Penantian selama beberapa bulan telah berakhir dengan pengumuman keputusan peperiksaan SPM semalam. Tahniah diucapkan kepada semua candidat...

Master atau Kerja?

Biasa tak dengar dilema ni? "Lepas grad nanti better sambung terus ke kerja dulu eh?". Kebanyakan graduan degree sering menghadapi dilema seperti ini samada nak sambung pengajian terus ke peringkat Master atau nak mencari pengalaman bekerja dahulu. Memang susah nak buat keputusan jika tiada sesiapa yang boleh bantu untuk justify dalam membuat keputusan.



Saya juga pernah menghadapi dilema ini. Dah habis diploma, nak sambung degree ke atau kerja dulu? Dah habis degree, nak sambung Master ke atau kerja dulu? Tu la, matlamat tak berapa nak jelas. 😁

Background saya, lepas habis diploma saya terus sambung degree. Lepas habis degree, saya kerja dulu. Dah 2 tahun kerja, baru saya sambung Master. Then bila masuk kelas, semua muda-muda belaka yang sambung Master ni. Umur tak cecah 25 pun lagi. Tiba-tiba saya terasa tua sangat haha.

Bukan mudah menyusur tangga ke angkasa

Perjalanan saya bila buat keputusan untuk sambung Master pada tahun lepas tidak begitu mudah. Keputusan ini telah mengundang pelbagai soalan dan spekulasi (macam retis pula) . 😅

  • Kenapa baru nak sambung Master sekarang? 
  • Tak sayang ke berhenti kerja tu? 
  • Dah elok-elok kerja, berhenti pula. Sekarang ni susah tau nak cari kerja.
  • Belajar tinggi-tinggi pun nanti bukan senang nak dapat kerja.
  • Buat apa sambung Master.. Dah tua pun nak belajar lagi?

Nampak macam kelakar je ayat yang last tu, tapi memang ada yang cakap macam tu kat saya hehe.

Pilihan saya

Jika berdasarkan pengalaman saya, secara jujurnya saya lebih prefer untuk bekerja dahulu selepas tamat pengajian degree. Ambil pengalaman 1-2 tahun, kemudian barulah sambung pengajian ke peringkat seterusnya. Nak sambung secara full-time atau part-time, itu bergantung pada kehendak dan keperluan masing-masing. 

Pendapat saya ini sebenarnya dipengaruhi oleh pendapat daripada seorang saudara saya yang merupakan pensyarah di UPM. Beliau berkelulusan PhD dan saya memang adore dengan pencapaian beliau. Kecil molek orangnya, tapi otak geliga hehe. Ketika saya dalam final semester degree, saya pun minta pendapat beliau tentang dilema ni.

Dan beliau cadangkan supaya saya cari pengalaman kerja dulu kemudian barulah sambung Master. Katanya, pengalaman bekerja penting sebab ia akan menyumbang kepada corak pemikiran kita apabila kita sambung Master kelak.

Cuma nak cari pengalaman tu jangan lama sangat, cukup 1-2 tahun pastu terus sambung Master. Bukan apa, risau kita ambil masa yang lama pula nanti nak asah balik minda kita untuk belajar semula. Saya dah melaluinya dan saya rasa ada betulnya pendapat beliau ni.

Kenapa saya lebih sarankan untuk kerja dahulu?

Sambung Master ni cara belajar dia tak sama dengan cara belajar masa undergraduate. Jika undergraduate, silibus lebih kepada mempelajari dan memahami fakta. Pastu mostly kena jawab berdasarkan fakta. Critical thinking dan decision-making tak berapa diterapkan dalam level ni.

Untuk peringkat Master pula, silibus dia memang lebih banyak kepada critical thinking dan decision-making. Nota yang dapat hanya cerita tentang fakta dan konsep asas. Mostly kena cari sendiri apa tindakan yang perlu dilakukan untuk sekian masalah dan apa cadangan sesuai yang boleh dilaksanakan. Pendek kata, tujuan Master ni adalah untuk mempersiapkan pelajar menjadi seorang Manager atau seseorang yang berada dalam Top-level Management.

Maka, bila kita ada sedikit pengalaman bekerja, lebih mudah kita nak relate dengan apa yang kita belajar. Sebab dalam alam pekerjaan, hampir setiap hari kita kena buat keputusan dan semestinya ia melibatkan proses critical thinking. 

Sekadar pendapat

Ini hanya pendapat peribadi saya ya, saya tak kata tak boleh sambung Master tanpa pengalaman bekerja. Sekarang persaingan sangat tinggi, rata-rata umur 23-25 sekarang dah ada Master. Tapi kekurangannya adalah dari segi pengalaman bekerja. Maka, ramai yang ada Master hanya dapat gaji setaraf degree saja oleh kerana tiada pengalaman bekerja. Apa-apa pun pilihan ada di tangan kita. Paling penting, yakin pada yang memberi rezeki kan? 

Sekian saja perkongsian saya. Moga bermanfaat. 😊

Biasa tak dengar dilema ni? "Lepas grad nanti better sambung terus ke kerja dulu eh?" . Kebanyakan graduan degree sering menghada...

Biasiswa MyBrainSc 2017

Baru dapat emel yang menyatakan tentang pembukaan tawaran biasiswa dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sesiapa yang berminat dijemput untuk memohon Biasiswa MyBrainSc 2017 ni. Sebagai rujukan, boleh la baca sedikit tips untuk memohon biasiswa MyBrain yang telah saya kongsikan sebelum ni. Insyaallah ada rezeki tak ke mana 😊


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajan tinggi telah membuka permohonan untuk skim biasiswa MyBrainSc bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Mac 2017.

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA). 


Untuk maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini, sila klik pada link ini: 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Biasiswa KPT: 

03-8888 1616 (Hotline Bahagian Biasiswa)
Emel: mybrainsc@mohe.gov.my

************************************************************************

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

1) PhD;
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang Sains Tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui permohonan.

2) Sarjana
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang Sains Tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui permohonan.

3) Ijazah pertama
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A-Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada dalam semester akhir di semua IPT;
  • Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa /tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

************************************************************************

Ada banyak lagi biasiswa lain yang sedang ditawarkan sekarang seperti:- 

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP); 
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB); dan 
  • Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Kakitangan Bukan Akademik (SLPP).

Tarikh tutup untuk semua biasiswa ni adalah pada 31 Mac 2017. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut tentang HLP. 

Good luck kepada semua pemohon! 😉

Baru dapat emel yang menyatakan tentang pembukaan tawaran biasiswa dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sesiapa yang berminat dijemput ...