8 Perkara Asas Wajib Tahu Ketika Membuat Resume

Resume adalah senjata utama yang kita miliki ketika memohon kerja. Tak kira nak mohon kerja apa sekalipun, full-time atau part-time, resume ialah benda pertama yang akan dinilai oleh majikan. 

So, entri kali ni saya nak share tentang 8 perkara asas yang anda perlu tahu ketika membuat resume. 



1. Maklumat peribadi

Masih ramai yang memasukkan maklumat seperti status (bujang/berkahwin), tarikh lahir, hobi atau nombor kad pengenalan. Tidak perlu masukkan maklumat yang bersifat peribadi kerana ianya sudah tidak sesuai ditulis dalam resume. 

Cukup sekadar memasukkan nama penuh, nombor telefon dan alamat e-mel. 

2. Alamat e-mel

Jangan gunakan alamat e-mel seperti:

iamqueen@yahoo.com 
kingmacho@hotmail.com

... dan yang sewaktu dengannya.

Kenapa? Alamat e-mel sebegini sangat tidak sesuai digunakan untuk memohon kerja atau apa sahaja urusan rasmi. 

Pilih la alamat e-mel dengan menggunakan nama sendiri. Jika nama terlalu panjang, ringkaskan. Kemudian, bertukarlah kepada domain @gmail.com supaya kelihatan lebih matang dan profesional. 

Tunjukkan pada majikan bahawa kita serius untuk memohon kerja tersebut!

3. Pengalaman

Jika banyak pengalaman bekerja sebelum ini, senaraikan pengalaman yang benar-benar relevan sahaja dengan jawatan yang dipohon. Jelaskan juga tugas-tugas yang telah dilakukan secara ringkas dan pencapaian yang relevan dengan jawatan tersebut.  

4. Pendidikan

Susun latar belakang pendidikan mengikut reverse chronology (terkini-dahulu). 

Perlu atau tidak untuk masukkan CGPA? Pada pandangan saya, tak perlu.  

5. Gaji

Digalakkan untuk menulis expected salary di dalam resume. Buat research mengenai kadar gaji semasa bagi jawatan yang anda pohon terlebih dahulu supaya gaji yang diminta tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. 

6. Rujukan

Rujukan amat penting sebagai salah satu validation bagi bakal majikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri anda. Pastikan mereka yang menjadi rujukan atau referee anda tahu bahawa anda menjadikan mereka sebagai rujukan. Pastikan juga mereka akan berkata yang baik-baik sahaja tentang anda.  

7. Font tulisan

Pilih font standard yang mudah dibaca seperti Arial dan Calibri. Saiz font jangan kurang daripada 10.5. 

8. Ejaan

Pastikan tiada kesilapan ejaan di dalam resume. Semak resume berulang-kali dan baca setiap ayat. Kesilapan kecil sahaja berkemungkinan akan menyebabkan resume ditolak.

Semoga bermanfaat 😊

Ernie Widhyharti
Ernie Widhyharti

Menulis sebagai terapi minda. Berkongsi sebahagian dari terapi hati. Yang baik kita amalkan, yang buruk jadikan pedoman. Terima kasih sudi melawat blog saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan