Merdeka: Idea & Identiti

Salam Kemerdekaan yang ke-60 buat negaraku Malaysia.


Rasanya ramai yang ambil peluang untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman kan? Lepas cuti merdeka ni, cuti Hari Raya Aidiladha pulak. Sambung lagi cuti hujung minggu. Lagi best, semalam Perdana Menteri isytiharkan hari Isnin depan pun cuti. Fuhh best ye dapat banyak cuti free hehe. 😊

Saya tak ke mana-mana pun. Duduk rumah, merenung nasib. Haha. Sebenarnya saya tengah fikir macamana nak aktif update blog ni. Macam yang korang lihat sekarang, saya tak la aktif sangat menulis blog. Sebulan 2-3 entry je. Tu pun ada skip bulan lagi. 

Nak kata takde idea.. Idea ada je tapi selalu tak masukkan dalam blog. Haih. 😔

Mungkin saya ni terlalu banyak berfikir atau overthinking. Lepas tu gaya penulisan pulak skema, macam bukan saya yang menulis (kawan saya yang cakap, sentap oii). 😂

So, sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia hari ini, saya pun nak memerdekakan diri saya jugak la. Merdeka dari segi idea dan identiti dalam penulisan blog. Belajar untuk eksperikan idea dengan lebih baik dan mantapkan gaya penulisan yang melambangkan diri sendiri. Pendek kata, jadi diri sendiri. Itulah identiti yang terbaik. 👍

Semoga saya istiqomah menulis blog. Hee.

Salam Kemerdekaan yang ke-60 buat negaraku Malaysia. Rasanya ramai yang ambil peluang untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung halam...

Jenis Kerjaya Yang Sesuai Berdasarkan Personaliti DISC

Dalam entri sebelum ini, saya ada sebut tentang ujian personaliti DISC yang saya hadapi ketika temuduga di NIOSH. Ada yang bertanya, apakah kepentingan ujian tersebut dalam sesebuah temuduga kerjaya? Jadi, di sini saya akan berkongsi lebih lanjut tentang personaliti DISC dan kepentingannya dalam kerjaya.


Seperti yang kita tahu, kerjaya adalah satu aspek yang merangkumi sebahagian besar daripada aktiviti hidup kita. Dalam seminggu, kita menghabiskan sekurang-kurangnya 5 hari untuk kerjaya kita. Malah, ada juga kerjaya yang menuntut komitmen sehingga 6 ke 7 hari. Semua itu bergantung kepada jenis kerjaya dan skop kerja. 

Oleh itu, amat penting untuk kita kenali jenis kerjaya yang sesuai dengan jiwa dan minat kita. Kita perlu tahu apakah kekuatan dan kelemahan diri kita. Ini kerana hal berkaitan kerjaya adakalanya tidak cukup dengan minat sahaja, ia memerlukan lebih daripada itu. Maka, sebab itulah ada company yang menggunakan ujian personaliti seperti DISC ini ketika sesi temuduga sebagai salah satu cara untuk mereka mengetahui personaliti sebenar seseorang calon.

Dengan keputusan ujian personaliti DISC, majikan akan dapat mengenalpasti di mana kekuatan dan kelemahan calon. Walaupun terdapat kemungkinan ada calon yang memberi jawapan bias, itu bukan satu masalah kepada majikan kerana sudah pasti majikan dapat menilai sendiri kebolehan dan potensi calon tersebut sewaktu sesi temuduga. Namun, keputusan ujian personaliti ini tetap diambil kira sebagai gambaran awal personaliti calon.

Anda boleh google 'DISC personality test' untuk mengambil ujian personaliti DISC. Terdapat pelbagai laman yang menyediakan ujian ini secara percuma seperti Online Personality Tests, 123test, dan Discovery Report. Sebenarnya ada banyak lagi ujian personaliti yang lain seperti Myers-Briggs, tapi untuk entri ini kita fokus pada DISC sahaja.

Dah dapat keputusan ujian personaliti anda? Jom lihat jenis kerjaya yang sesuai berdasarkan personaliti DISC anda:

1. D - Dominant
  • Entrpreneurs
  • Management
  • Lawyer
  • Enforcement
  • Supervisor


2. I - Influential
  • Advertising/Marketing
  • Public Relations (PR)
  • Training
  • Sales
  • Teacher


3. S - Steady
  • Finance/Economics
  • Healthcare
  • Human Resources
  • Manufacturing
  • Customer Service


4. C - Conscientious
  • Accounting
  • Auditing
  • Engineering
  • Architecture
  • Computer Programming
  • Research & Development

Sumber informasi: PeopleKeys.com

Jenis kerjaya yang disenaraikan di atas hanya untuk memberi idea kepada anda tentang yang manakah sesuai dengan personaliti DISC anda. Anda boleh melakukan lebih banyak research untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Paling penting, jangan takut untuk menjawab dengan JUJUR dalam ujian personaliti. Ia bukan untuk menunjukkan siapa yang lemah atau siapa yang kuat. Sebaliknya, setiap personaliti ada kepentingan masing-masing dalam sesebuah organisasi. Keputusan dari ujian ini akhirnya akan memberi manfaat juga buat anda supaya anda tahu jenis kerjaya apakah yang sesuai dengan personaliti anda. 😊

Dalam entri sebelum ini, saya ada sebut tentang ujian personaliti DISC yang saya hadapi ketika temuduga di NIOSH . Ada yang bertanya, apaka...

Pengalaman Temuduga Bersama NIOSH

Hi semua. Cepatnya masa berlalu kan? Sedar tak sedar, dah bulan Ogos. Dan saya masih duduk kat rumah. 😂 Saya belum berjaya dapatkan kerja lagi. Tipu la kalau tak stress kan haha. Hunting for jobs is a real struggle. Tapi saya percaya pada rezeki Allah. Cepat atau lambat, Insyaallah pasti ada jika berusaha. 

Dah banyak juga tempat yang saya apply dan salah satunya adalah NIOSH. Pada 31 Julai yang lepas, saya telah dipanggil untuk sesi temuduga yang bertempat di NIOSH Bandar Baru Bangi. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan pengalaman temuduga saya bersama mereka. Mungkin boleh jadi rujukan akan datang bagi sesiapa yang dipanggil temuduga di NIOSH nanti. 😊

Menara NIOSH di Bandar Baru Bangi. Sumber: Safety Portal

Jawatan yang saya apply di NIOSH adalah Executive - Education and Regulatory Competency Division. Masa apply tu, saya pun tak pasti apa skop pekerjaan jawatan dan division ni sebab details tu tak ada, yang ada hanya syarat untuk memohon. Tapi saya agak mungkin division ni yang bertanggungjawab dalam menyediakan training. Sebabnya calon yang dipanggil temuduga dikehendaki untuk membuat presentation sewaktu temuduga nanti. Ha, apalagi kan kalau bukan nak tengok presentation skills kita. Confirm la jawatan untuk jadi trainer. Saya pun excited sebab saya memang suka buat presentation. 😋

Setiap calon diberi masa 10 minit untuk present. Tajuk diberi sebelum tiba hari temuduga. Untuk temuduga ni, semua calon present tajuk yang sama iaitu 'Fungsi NIOSH dan OSH'. Mesti present dalam bahasa Inggeris.

Dah tiba hari temuduga tu, semua calon dikehendaki untuk mengisi borang maklumat dan menjawab kertas ujian personaliti terlebih dahulu. Ujian personaliti ini mereka gunakan yang jenis DISC punya. D for Dominant, I for Influential, S for Steady, dan C for Conscientious. 

Selepas semua borang dan kertas ujian calon dikumpul oleh staf yang bertugas, bermula la sesi temuduga dengan panel. Seorang demi seorang masuk ke bilik temuduga. Average time setiap orang ditemuduga dalam 30-40 minit. Saya orang yang kelima dan sesi saya bermula pada pukul 12 tengahari. (Nasib baik mekap tak cair lagi 😅)

Mula-mula tu macam biasa, perkenalkan diri. Dah habis berkenalan, baru mula present. Untuk presentation ni, panel memang dah set masa 10 minit tau. So, kena pandai bajet masa dengan tepat. Spare kan 2-3 minit untuk Q&A. Banyakkan praktis supaya dapat present dengan lancar. (Eh pandai cakap kat orang, sendiri punya ke laut 😂)

Slide saya untuk presentation.

Habis present, sambung balik temuduga. Kebanyakan soalan yang ditanya oleh panel adalah berkisar tentang OSH training. Dan juga soalan lazim yang lain seperti sanggup atau tidak untuk travel dan relocate, sanggup ke stay back dan kerja on weekend, etc. Memang betul la sangkaan saya, jawatan ni sememangnya untuk jadi trainer hehe. 

Sesi temuduga saya tamat lebih kurang pukul 12.45 tengahari. Saya adalah orang terakhir untuk sesi temuduga sebelah pagi. Sesi seterusnya bermula pada pukul 2 petang. Ya Allah, nasib saya baik hari tu. Kalau terkena sesi petang, mau nego dengan calon lain sebab flight saya ke Labuan pada hari tu jugak pukul 5 petang. Nangis tak berlagu kalau tertinggal flight. 😅

Begitulah cerita pengalaman temuduga saya bersama NIOSH. Satu pengalaman yang cukup berharga. Keputusan temuduga mungkin akan keluar minggu depan sebab katanya hari tu tunggu dalam masa 2 minggu. Anda yang membaca entri ni mohon doakan yang terbaik untuk kerjaya saya ya. Saya tak sabar dah ni nak kerja haha. Insyaallah. 😊

p/s: Boleh klik sini untuk info jawatan terkini di NIOSH. 

Hi semua. Cepatnya masa berlalu kan? Sedar tak sedar, dah bulan Ogos. Dan saya masih duduk kat rumah. 😂 Saya belum berjaya dapatkan kerja ...