Pengalaman Temuduga Bersama NIOSH

Hi semua. Cepatnya masa berlalu kan? Sedar tak sedar, dah bulan Ogos. Dan saya masih duduk kat rumah. 😂 Saya belum berjaya dapatkan kerja lagi. Tipu la kalau tak stress kan haha. Hunting for jobs is a real struggle. Tapi saya percaya pada rezeki Allah. Cepat atau lambat, Insyaallah pasti ada jika berusaha. 

Dah banyak juga tempat yang saya apply dan salah satunya adalah NIOSH. Pada 31 Julai yang lepas, saya telah dipanggil untuk sesi temuduga yang bertempat di NIOSH Bandar Baru Bangi. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan pengalaman temuduga saya bersama mereka. Mungkin boleh jadi rujukan akan datang bagi sesiapa yang dipanggil temuduga di NIOSH nanti. 😊

Menara NIOSH di Bandar Baru Bangi. Sumber: Safety Portal

Jawatan yang saya apply di NIOSH adalah Executive - Education and Regulatory Competency Division. Masa apply tu, saya pun tak pasti apa skop pekerjaan jawatan dan division ni sebab details tu tak ada, yang ada hanya syarat untuk memohon. Tapi saya agak mungkin division ni yang bertanggungjawab dalam menyediakan training. Sebabnya calon yang dipanggil temuduga dikehendaki untuk membuat presentation sewaktu temuduga nanti. Ha, apalagi kan kalau bukan nak tengok presentation skills kita. Confirm la jawatan untuk jadi trainer. Saya pun excited sebab saya memang suka buat presentation. 😋

Setiap calon diberi masa 10 minit untuk present. Tajuk diberi sebelum tiba hari temuduga. Untuk temuduga ni, semua calon present tajuk yang sama iaitu 'Fungsi NIOSH dan OSH'. Mesti present dalam bahasa Inggeris.

Dah tiba hari temuduga tu, semua calon dikehendaki untuk mengisi borang maklumat dan menjawab kertas ujian personaliti terlebih dahulu. Ujian personaliti ini mereka gunakan yang jenis DISC punya. D for Dominant, I for Influential, S for Steady, dan C for Conscientious. 

Selepas semua borang dan kertas ujian calon dikumpul oleh staf yang bertugas, bermula la sesi temuduga dengan panel. Seorang demi seorang masuk ke bilik temuduga. Average time setiap orang ditemuduga dalam 30-40 minit. Saya orang yang kelima dan sesi saya bermula pada pukul 12 tengahari. (Nasib baik mekap tak cair lagi 😅)

Mula-mula tu macam biasa, perkenalkan diri. Dah habis berkenalan, baru mula present. Untuk presentation ni, panel memang dah set masa 10 minit tau. So, kena pandai bajet masa dengan tepat. Spare kan 2-3 minit untuk Q&A. Banyakkan praktis supaya dapat present dengan lancar. (Eh pandai cakap kat orang, sendiri punya ke laut 😂)

Slide saya untuk presentation.

Habis present, sambung balik temuduga. Kebanyakan soalan yang ditanya oleh panel adalah berkisar tentang OSH training. Dan juga soalan lazim yang lain seperti sanggup atau tidak untuk travel dan relocate, sanggup ke stay back dan kerja on weekend, etc. Memang betul la sangkaan saya, jawatan ni sememangnya untuk jadi trainer hehe. 

Sesi temuduga saya tamat lebih kurang pukul 12.45 tengahari. Saya adalah orang terakhir untuk sesi temuduga sebelah pagi. Sesi seterusnya bermula pada pukul 2 petang. Ya Allah, nasib saya baik hari tu. Kalau terkena sesi petang, mau nego dengan calon lain sebab flight saya ke Labuan pada hari tu jugak pukul 5 petang. Nangis tak berlagu kalau tertinggal flight. 😅

Begitulah cerita pengalaman temuduga saya bersama NIOSH. Satu pengalaman yang cukup berharga. Keputusan temuduga mungkin akan keluar minggu depan sebab katanya hari tu tunggu dalam masa 2 minggu. Anda yang membaca entri ni mohon doakan yang terbaik untuk kerjaya saya ya. Saya tak sabar dah ni nak kerja haha. Insyaallah. 😊

p/s: Boleh klik sini untuk info jawatan terkini di NIOSH. 

Ernie Widhyharti
Ernie Widhyharti

Menulis sebagai terapi minda. Berkongsi sebahagian dari terapi hati. Yang baik kita amalkan, yang buruk jadikan pedoman. Terima kasih sudi melawat blog saya.

6 ulasan:

  1. Salam.. Hai ernie.. lya singgah siji balas kunjungan ernie.. tq tau sudi singgah teratak akifimtiyaz.com .. Done follow sini *717.. Nanti ada masa jom la singgah lagi..sama2 kita jalinkan ukhuwah.. Semoga ernie berjaya dalam temuduga .. insyaallah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam Lya, terima kasih sudi berkunjung ke sini. Insyaallah nanti saya singgah lagi ke teratak Lya :) Terima kasih doanya, ameen insyaallah ;)

      Padam
  2. Semoga sis ernie berjaya nanti dalam temuduga tu. InsyaAllah

    BalasPadam
  3. semoga berjaya dengan temuduga ini...

    BalasPadam