Pantai Tanjung Aru | Kota Kinabalu, Sabah

Minggu lepas, saya dan keluarga bercuti ke KK (Kota Kinabalu) sempena cuti kemenangan Malaysia di Sukan SEA baru-baru ini. Ambil masa dan peluang yang ada hihi. Nasib baik dapat tiket feri hari Sabtu. Boleh la bercuti 3 hari kat KK. 

KK ni bukanlah tempat yang asing bagi saya sekeluarga. Setiap tahun kami pasti ke sini. Pantang ada cuti lama sikit, memang kami ke KK. Selain banyak shopping mall, di sini juga ada tempat shopping favourite mak saya iaitu Segama. Tak sah kalau tak singgah sini. 😁

Walaupun selalu turun ke KK, rasanya macam belum pernah saya melihat Pantai Tanjung Aru. Pantai ni salah satu tarikan yang cukup terkenal di sana. Niat nak ke sana tu selalu ada tapi tak kesampaian. Jadi semasa bercuti di sana baru-baru ini, adik saya pun suggest untuk ke Pantai Tanjung Aru. Nak tengok sunset katanya. Okay, on!

Dah sampai sana, MasyaAllah tergamam saya melihat begitu ramai manusia kat pantai ni! Kebanyakan mereka adalah pelancong luar. Pada mulanya saya ingatkan pantai ni biasa-biasa saja. Ternyata imaginasi saya silap. 😅

Sementara menunggu sunset, kami duduk makan dahulu di medan selera yang ada kat pantai ni. Makan ABC + pisang goreng + keropok lekor. Fuhh nikmat yakmat! 😋

Yang bercadang nak ke KK tu, wajib singgah ke Pantai Tanjung Aru ni ya. Next time saya pun nak repeat lagi ke sini. Best!

Sunset kat sini memang WOW. Gambar no filter. 

Lekor sedap! Beratur tau orang nak beli lekor ni.

ABC Buah Special.

Pisang goreng crispy + ABC Aiskrim Special.


Ernie Widhyharti
Ernie Widhyharti

Menulis sebagai terapi minda. Berkongsi sebahagian dari terapi hati. Yang baik kita amalkan, yang buruk jadikan pedoman. Terima kasih sudi melawat blog saya.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang cantik, tengok live sangat cantik :)

      Padam
  2. Pantai Tanjung Aru. Nak kena catit dlm note ni. Thanks for sharing, dik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Catit jangan tak catit Kak Sue hehe.. Sama-sama ;)

      Padam