Pengalaman Temuduga Pensyarah Kolej Swasta

Assalamualaikum. Maaf lama tak update blog sendu ni. Hihi. Dah nama pun sendu, tu yang update pun sebulan sekali. Haishh bila la nak rajin berblog ni. 😂

Seperti yang korang tahu, saya dah habis study bulan Jun lepas dan sedang aktif mencari kerja. Temuduga dengan NIOSH hari tu saya tak dapat sob sob. Agak frust juga tapi dah bukan rezeki kan.. So, kita teruskan pencarian lagi. Keep updating resume dan apply more jobs. 😊

Dipendekkan cerita, bulan lepas saya dapat panggilan temuduga untuk jawatan pensyarah di sebuah kolej swasta in KL. Pensyarah subjek OSHA to be exact. Excited juga since ini pertama kali nak attend temuduga jawatan akademik hehe. 


Masa hari temuduga, saya datang sejam lebih awal. Sebelum start temuduga tu, saya diminta untuk mengisi borang terlebih dahulu dan jawab satu soalan dalam bentuk karangan. Yang ini memang saya tak expect ada kena buat karangan. Berbekalkan sedikit general knowledge di dada, saya pun jawab la ikut apa yang saya tahu haha. Soalan dia tentang isu current market condition in the world.

Lepas dah siap isi borang dan jawab karangan, bermula la sesi temuduga bersama panel. Ada 2 orang panel dan hanya saya seorang saja candidate masa tu. Kedua-dua panel adalah pensyarah and both looks so young. Dalam awal 30-an kot. Ke dorang yang awet muda? Hehe.

Masuk je bilik temuduga, panel minta saya terus mulakan mock teaching. Untuk temuduga pensyarah, biasanya memang tak lari daripada mock teaching ni. Dalam temuduga ni saya kena buat mock teaching selama 20 minit menggunakan slide PowerPoint.

So, here saya nak share few tips untuk mock teaching menggunakan slide:
  • Jangan letak slide banyak sangat. Yang penting perlu ada 3 bahagian utama iaitu pendahuluan (introduction), isi (content), dan kesimpulan (conclusion). 
  • Learning objectives juga wajib ada. 
  • Jangan letak wording panjang berjela. Just mention important keywords. 
  • Lebihkan explaination dalam bentuk lisan sebab panel nak tengok cara kita bercakap dan cara penyampaian kita. Wujudkan elemen two-way communication.
  • Design slide perlu kemas. Font biar jelas dan gunakan warna yang sejuk mata memandang. 😄

Selesai sesi mock teaching, barulah saya diminta untuk perkenalkan diri dan ceritakan tentang education background, working experiences, etc.

Antara soalan yang ditanya oleh panel:

  • Tell us about yourself.
  • Why do you want to be a lecturer?
  • Can you work overtime or working on the weekend?
  • In a scale of 10, how much would you rate your ability to cope with work stress?
  • Any questions?

Dah habis temuduga, panel pun beritahu saya yang nanti akan ada second interview pula dengan HR dalam masa 2-3 minggu akan datang jika lepas stage pertama ni. I did my best and for sure I hope good things will come my way. But in the mean time, saya teruskan apply other jobs juga. Saya tak kisah nak start kerja at any position or level, janji ada kaitan dengan background saya in safety, health and environment. Saya akan usahakan sebaik mungkin. Apa apa pun percaya pada rezeki Allah. Rezeki tak pernah salah alamat kan? 😇

2 ulasan: