Bengkel OKU Di Labuan

Petang tadi saya teman papa hantar kereta beliau ke sebuah bengkel yang terletak berhampiran berek polis di kawasan bandar Labuan. Bengkel tu dibuka di laman rumah, ini pertama kali saya pergi ke bengkel tu. 

Sampai sahaja di situ, terlihat kelibat seorang lelaki tinggi berbangsa Cina. Saya yakin itulah pemilik bengkel tersebut. Dari jauh saya hanya melihat papa dan lelaki itu berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Saya fikir mereka bergurau.😅 Rupa-rupanya lelaki itu seorang OKU (pekak dan bisu).

Saya tersentap seketika. Saya fikir jika saya berada di tempat beliau, adakah saya mampu untuk melakukan perkara yang sama? Menjalankan perniagaan servis sebegini memerlukan komunikasi yang efektif. Lelaki ini sudah membuktikan bahawa beliau mampu. Saya tidak pasti sudah berapa lama bengkel itu beroperasi. Tetapi menurut papa, dah bertahun juga. Fuh.. Hebat!

Servis yang terdapat di bengkel ini dan waktu operasi. (I don't know why but I found this cute!)

Great man in action 👍

Kepada sesiapa di Labuan yang ingin berkunjung ke bengkel ini, boleh hubungi beliau melalui nombor telefon seperti yang tertera di bawah:



Kadang-kadang melihat golongan istimewa ini menimbulkan kesedaran dalam diri.. Kejayaan atau kegagalan itu hanya berada dalam minda sahaja. Nothing is impossible! 💪

Ernie_WI_new

Tiada ulasan:

Catat Ulasan