Program TUBE Khas Buat Belia Yang Ingin Mula Berniaga

Assalamualaikum. Ada yang minat berniaga? Ni ada berita baik nak share untuk korang tentang TUBE. Program ni khas untuk belia berumur di antara 18-30 tahun sahaja. Yang dah terlebih umur tu, boleh la mencuba saluran lain ya. 😁



Apa itu TUBE?

TUBE adalah program Tunas Usahawan Belia Bumiputera yang merupakan inisiatif kerajaan dalam menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. 

Objektif utama TUBE
  • Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
  • Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan
  • Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan pernigaan sendiri

Fasa pelaksanaan TUBE

Terdapat 3 fasa utama dalam pelaksanaan TUBE, di mana tujuannya adalah bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, serta didedahkan kepada cabaran dunia perniagaan yang sebenar.

i. Fasa Pertama
Peserta yang layak akan mengikuti latihan fizikal asas ala ketenteraan berkonsepkan bootcamp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. 

ii. Fasa Kedua
Peserta akan didedahkan dengan landscape perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau business plan.

iii. Fasa Ketiga
Peserta yang melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 2. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia. Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.

Dengar je dah best kan? Siapa tak nak ada perniagaan sendiri, kena sponsored pula tu. Tapi bukan semua belia layak memohon program ni tau. Nak tahu korang layak atau tidak, boleh check kriteria kelayakan di sini

Permohonan untuk program TUBE ni adalah melalui online dan dibuka bermula 18 Disember 2017 sehingga 12 Januari 2018.



Jangan lepaskan peluang keemasan ni! Nak tahu info lebih lanjut, boleh layari laman web ini: https://tube.smecorp.gov.my/index.php .

Belia Hari Ini, Usahawan Hari Esok 😉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan