My Hiking Story #1 : Bukit Kopungit

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Entri kali ini sebenarnya lama dah nak post tapi tak berkesempatan. Mood blogging tu kadang-kadang pandai hilang. Hihi.

Dipendekkan cerita, saya nak kongsi pengalaman saya hiking di salah satu bukit di Kota Kinabalu. Sebelum ini saya memang tak pernah dengar langsung nama bukit ini. Anda yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu mungkin familiar dengan bukit yang diberi nama Bukit Kopungit, kan? 😃

Jika anda biasa melalui jalan di kawasan Kepayan atau pun yang berdekatan dengan Hospital Queen Elizabeth I (di antara dua roundabout selepas terowong) pada sebelah petang, anda boleh lihat begitu banyak kereta parking di bahu jalan. Pada mulanya saya sering tertanya-tanya kenapa banyak kereta park kat kawasan situ. Rupa-rupanya di situlah terletaknya Bukit Kopungit yang menjadi antara tempat beriadah terkenal di Kota Kinabalu.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti hiking, Bukit Kopungit ini sangat sesuai untuk anda. Saya tak pasti berapakah ketinggian sebenar bukit ini, namun ianya tidaklah begitu tinggi. Dalam tempoh kurang setengah jam, anda sudah boleh menikmati pemandangan sebahagian bandaraya Kota Kinabalu di puncak bukit. Bagi yang sudah biasa hiking, mungkin bukit ini tidak mencabar bagi anda. 😁

Jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika hiking di Bukit Kopungit :

Laluan masuk utama - tepi jalan sahaja. 


Nak basahkan tekak selepas penat hiking, boleh singgah ke gerai ini.
Terletak betul-betul di laluan masuk utama.



Selamat datang ke Bukit Kopungit! 😊



Mula mendaki. Ini sahaja gambar yang ada.
Tak sempat ambil gambar di sepanjang trail yang dilalui. 😑



Yeah, dah sampai kat puncak! 💪


Pemandangan bandaraya Kota Kinabalu. 😍


Awan cantik. 😁


Pemandangan di waktu senja. 💓


Cantik kan? 😉


Ernie_WI_new

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Entri kali ini sebenarnya lama dah nak post tapi tak berkesempat...

Kursus Train The Trainer NIOSH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri salah satu kurus kompetensi di NIOSH, iaitu Train The Trainer (TTT).

Untuk pengetahuan anda, kursus TTT yang ditawarkan di NIOSH ada dua peringkat - TTT1 (Basic Train The Trainer) dan TTT2 (Training Management for Business). TTT1 adalah kursus asas untuk menjadi seorang trainer yang kompeten. Nak lebih advanced, anda boleh sertai kursus TTT2 dengan syarat perlu hadir dan lulus TTT1 terlebih dahulu. 

Sebenarnya ada juga tempat lain yang menawarkan kursus TTT selain NIOSH. Contohnya seperti CIDB dan HRDF. Saya pula memilih untuk menyertai TTT dengan NIOSH kerana latar belakang saya dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) atau dikenali juga sebagai occupational safety and health (OSH)

Mengapa saya sertai kursus TTT?

Selain kerana minat untuk menjadi seorang trainer, saya juga menyedari kepentingan training dalam kerjaya safety and health. Antara tugas hakiki seorang safety and health practitioner/personnel adalah menyediakan training.

Training dalam bidang OSH sangat diperlukan bagi memupuk kesedaran atau awareness terhadap budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Secara asasnya, objektif sesuatu OSH training adalah bertujuan untuk:

  • Membantu pekerja mempelajari bagaimana cara hendak melakukan sesuatu pekerjaan dengan selamat
  • Memberitahu pekerja apa yang mereka perlu lakukan dan tidak boleh lakukan
  • Memaklumkan pekerja tentang informasi yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Siapa boleh sertai kursus TTT di NIOSH?

Sesiapa sahaja boleh menyertai kursus TTT ini, dengan syarat pandai guna komputer. Kursus ini memang banyak guna komputer especially bila nak buat slide presentation

Pengalaman saya..

Saya telah menyertai kursus TTT1 di NIOSH Johor pada 12 hingga 16 November 2017. Batch saya ketika itu seramai 26 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang industri seperti pembinaan, oil and gas dan logistik. 

Batch TTT1/November 2017, NIOSH Johor

Exam bagi kursus ini adalah presentation sahaja, di mana peserta dikehendaki untuk memilih satu tajuk dan bentangkan mengikut format yang diajar sepanjang kursus. Alhamdulillah, kami semua berjaya melepasi exam kursus TTT1 ini dan menerima keputusan serta sijil kelayakan lebih kurang 3 minggu selepas exam. 😊

Sepanjang kursus TTT1 ini, anda bukan sahaja diajar cara menjadi seorang trainer yang baik. Malah, anda juga akan diajar serba sedikit asas tentang keperluan analisa latihan atau training need analysis (TNA). Melalui TNA, anda dapat mengenal pasti keperluan latihan bagi setiap pekerja dalam organisasi anda. Banyak kos dalam aspek training and development akan dapat dijimatkan jika kita membuat TNA.

Jadi, sesiapa yang berminat nak jadi seorang trainer dah boleh start planning dengan mengambil kursus TTT. 😉

========================================================

Maklumat lanjut mengenai kursus TTT di NIOSH boleh diperolehi melalui laman sesawang NIOSH. Berikut saya sertakan direct link yang berkaitan :-

Info kursus TTT : Klik sini 
Jadual kursus TTT tahun 2018 mengikut negeri : Klik sini* 

Klik 'Competency' > Pilih negeri > Pilih kursus 'Train The Trainer' jika ada (tidak semua cawangan NIOSH menyediakan kursus ini) > Pilih kelas pilihan anda berdasarkan tarikh yang dipaparkan > Klik 'Apply'

========================================================


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri salah s...

7 Idea Tarik Followers di Instagram

Rata-rata pengguna media sosial kini sudah mula memiliki akaun Instagram selain daripada Facebook. Jika dulu, Instagram hanya popular di kalangan orang muda - sebuah media sosial yang menggunakan gambar sebagai medium utama perkongsian antara pengguna. Namun sekarang, pelbagai peringkat umur sudah mula menggunakan Instagram dan kini ianya menjadi salah satu medan search paling popular dengan variasi #hashtag.

Selain digunakan bagi tujuan peribadi, Instagram juga menjadi salah satu tool yang popular bagi tujuan bisnes. Saya percaya kebanyakan daripada kita pernah menjalankan bisnes online menggunakan platform Instagram kan? Nak setup akaun di Instagram sangat mudah, tambahan pula ia tidak mengenakan sebarang restrictions pada username yang kita ingin gunakan. Malah, kita boleh mengubah username tersebut pada bila-bila masa tanpa had.

Berikut saya kongsikan sedikit mengapa Instagram begitu penting dalam era media sosial kini terutamanya bagi tujuan bisnes:

  • Menggunakan kaedah visual marketing (gambar)
  • Platform media sosial yang paling pantas membangun
  • Audiens sedia ada
  • Mampu menjana leads yang berkualiti tinggi

Dengan kelebihan seperti di atas, maka tidak hairanlah ada yang boleh buat income beribu-ribu hanya melalui Instagram. Anda boleh membuat paid review dengan akaun peribadi atau hardselling dengan akaun bisnes. Namun apa yang paling penting sekali adalah jumlah followers anda. Semakin ramai followers anda, semakin mudah anda dikenali dan mudah juga untuk anda buat duit di Instagram.


Jadi, bagaimana caranya untuk menarik lebih ramai followers ke akaun Instagram anda?

Di sini saya nyatakan 7 idea untuk menarik followers di Instagram.

1. Gunakan 'link in bio' dengan efektif.
2. Gunakan gambar yang berkualiti dan menarik.
3. Gunakan video yang kreatif.
4. Optimumkan penggunaan hashtag.
5. Bina content yang eksklusif.
6. Aktif dan ada engagement dengan audiens.
7. Perlu ada strategi yang menarik.

Dah dapat idea? 😎

p/s: Jangan lupa follow akaun IG saya ya hehe.



Rata-rata pengguna media sosial kini sudah mula memiliki akaun Instagram selain daripada Facebook. Jika dulu, Instagram hanya popular di ka...