Kursus Train The Trainer NIOSH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri salah satu kurus kompetensi di NIOSH, iaitu Train The Trainer (TTT).

Untuk pengetahuan anda, kursus TTT yang ditawarkan di NIOSH ada dua peringkat - TTT1 (Basic Train The Trainer) dan TTT2 (Training Management for Business). TTT1 adalah kursus asas untuk menjadi seorang trainer yang kompeten. Nak lebih advanced, anda boleh sertai kursus TTT2 dengan syarat perlu hadir dan lulus TTT1 terlebih dahulu. 

Sebenarnya ada juga tempat lain yang menawarkan kursus TTT selain NIOSH. Contohnya seperti CIDB dan HRDF. Saya pula memilih untuk menyertai TTT dengan NIOSH kerana latar belakang saya dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau dikenali juga sebagai occupational safety and health (OSH)

Mengapa saya sertai kursus TTT?

Selain kerana minat untuk menjadi seorang trainer, saya juga menyedari kepentingan training dalam kerjaya safety and health. Antara tugas hakiki seorang safety and health practitioner/personnel adalah menyediakan training.

Training sangat diperlukan bagi memupuk kesedaran atau awareness terhadap budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Secara asasnya, training bertujuan untuk:

  • Membantu pekerja mempelajari bagaimana cara hendak melakukan sesuatu pekerjaan dengan selamat
  • Memberitahu pekerja apa yang mereka perlu lakukan dan tidak boleh lakukan
  • Memaklumkan pekerja tentang informasi yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Siapa boleh sertai kursus TTT di NIOSH?

Sesiapa sahaja boleh menyertai kursus TTT ini, dengan syarat pandai guna komputer. Kursus ini memang banyak guna komputer especially bila nak buat slide presentation

Pengalaman saya..

Saya telah menyertai kursus TTT1 di NIOSH Johor pada 12 hingga 16 November 2017. Batch saya ketika itu seramai 26 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang industri seperti pembinaan, oil and gas dan logistik. 

Batch TTT1/November 2017, NIOSH Johor

Exam bagi kursus ini hanyalah presentation sahaja, di mana peserta dikehendaki untuk memilih satu tajuk dan bentangkan mengikut format yang diajar sepanjang kursus. Alhamdulillah, kami semua berjaya melepasi exam kursus TTT1 ini dan menerima menerima keputusan serta sijil kelayakan lebih kurang 3 minggu selepas exam. 😊

Sepanjang kursus TTT1 ini, anda bukan sahaja diajar cara menjadi seorang trainer yang baik. Malah, anda juga akan diajar serba sedikit asas tentang keperluan analisa latihan atau training need analysis (TNA). Melalui TNA, anda dapat mengenal pasti keperluan latihan bagi setiap pekerja dalam organisasi anda. Banyak kos dalam aspek training and development akan dapat dijimatkan jika kita membuat TNA.

So, sesiapa yang berminat nak jadi seorang trainer dah boleh start planning dengan mengambil kursus TTT. 😉

========================================================

Maklumat lanjut mengenai kursus TTT di NIOSH boleh diperolehi melalui laman sesawang NIOSH. Berikut saya sertakan direct link yang berkaitan :-

Info kursus TTT : Klik sini 
Jadual kursus TTT tahun 2018 mengikut negeri : Klik sini* 

Klik 'Competency' > Pilih negeri > Pilih kursus 'Train The Trainer' jika ada (tidak semua cawangan NIOSH menyediakan kursus ini) > Pilih kelas pilihan anda berdasarkan tarikh yang dipaparkan > Klik 'Apply'

========================================================


Tiada ulasan:

Catat Ulasan