My Travelogue Story #1 : Pengalaman Island Hopping Di Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian.

Sabah sememangnya salah satu destinasi pelancongan idaman yang bukan sahaja terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia, malah bagi pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Negeri di bawah bayu ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik khususnya yang mendekatkan kita kepada keunikan dan keindahan alam semulajadi.

Bagi saya dan keluarga, Sabah adalah satu negeri yang tidak asing lagi buat kami. Setiap tahun kami pasti akan berkunjung ke Sabah terutamanya ke Kota Kinabalu, biasanya untuk shopping selain melawat adik yang belajar di situ.

Kemudian pada satu hari, adik saya mencadangkan untuk pergi island hopping ke pulau-pulau berdekatan Kota Kinabalu. Seumur hidup saya baru saya sedar yang kami belum pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pulau di Sabah. 😅 Dan inilah yang ingin saya kongsikan dalam entri kali ini, iaitu pengalaman kami melakukan aktiviti island hopping di Pulau Sapi dan Pulau Manukan pada bulan Februari lepas.

Jika ada yang sedang merancang untuk bercuti ke Sabah, mungkin anda boleh masukkan aktiviti island hopping ke dalam itinerari anda 😊


Tarikh: 4 Februari 2018 (Ahad)

7:00AM 
- Parking sebelah Jesselton Point
- Rate parking RM1/jam dari pukul 6:30AM ke 5:30PM



8:15AM
Bersedia kat jeti



8:30AM
- Bot bertolak ke Pulau Sapi
- Tiba di Pulau Sapi



10:00AM
- Naik parasailing



12:00PM
- Pergi ke Pulau Manukan
- Snorkelling
- Lunch (ABC RM6, nasi campur daging kicap dan telur RM10)







3:00PM
Balik ke Kota Kinabalu

** Setiap pulau ada disediakan locker
** Satu locker = RM10

Ernie_WI_new

Tiada ulasan:

Catat Ulasan