My Baking Story #1 : Red Velvet Chocolate Chip Cookies

  • Rabu, Mei 30, 2018
  • By Ernie Widhyharti
  • 0 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian.

Raya dah nak dekat, pasti ramai yang tengah fikir nak hidang biskut apa untuk raya nanti kan? Jadi hari ini saya nak kongsi satu resepi biskut yang akan membuatkan suasana hari raya anda bertambah ceria. 😁

Nama biskut ini adalah Red Velvet Chocolate Chip Cookies. Saya dapat resepi ini daripada blog Kak Ita. First time buat biskut ni, terus menjadi. Keluarga dan kawan-kawan semua suka. Ada yang siap order dah hehe. Bagi saya, rasa biskut ini memang sedap. Mungkin sebab pakai Planta. Harum semerbak satu dapur bila tengah buat biskut ni. Kena cuba baru tahu. 😊 


RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES

Bahan-bahan:

  • 120 gm marjerin Planta
  • 10 gm minyak sapi
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 50 gm badam cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu besar pewarna merah
  • 30 gm cip coklat

Cara-cara membuat:

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko; ayak kesemuanya dan asingkan.
  2. Bakar sebentar badam cincang di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit.
  3. Dalam sebuah bekas lain, satukan marjerin Planta, minyak sapi dan gula kastor. Putar kesemuanya hingga adunan menjadi kembang dan bertukar warna kuning pucat.
  4. Tambahkan kuning telur dan putar hingga sebati.
  5. Tambahkan esen vanila dan pewarna merah, putar hingga adunan rata.
  6. Kemudian, masukkan bahan yang telah kita ayak tadi. Gaul dengan senduk kayu atau spatula rata.
  7. Tambahkan badam cincang dan cip coklat.
  8. Gaul doh adunan rata. 
  9. Selepas itu, susun doh adunan di atas dulang pembakar. Hiaskan permukaan doh dengan baki cip coklat.
  10. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 20 minit. (Nota: Ketuhar hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh).
  11. Akhir sekali, sejukkan biskut setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba! 😉


Ernie_WI_new

You Might Also Like

0 comments